‘Dirumus dengan niat baik’ Bekas Menteri era Tun M puji Belanjawan 2025

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz merupakan menteri di era pemerintahan Tun M,

Beliau memuji Belanjawan 2025 dirumus dengan niat yang baik cuma ada sedikit pesanan buat kerajaan.

Rafidah mengucapkan tahniah atas pembentangan belanjawan terbesar dalam sejarah negara

namun menekankan keperluan pemantauan ketat agar perbelanjaan mencapai matlamat sebenar.

“Ada pesanan orang tua-tua bahawa besar periuk, besarlah pula keraknya.

'Dirumus dengan niat baik' Bekas Menteri era Tun M puji Belanjawan 2025

Kerak hangus dan tidak boleh dimakan merupakan satu pembaziran.

“Maka kerajaan perlu pastikan, antara lain kerak nasi tidak ada… dan semua nasi boleh dimakan,” katanya.

Jelas Rafidah, “kerak” yang dimaksudkan ialah kebocoran dan ketirisan perbelanjaan serta peruntukan.

Ini termasuk lencongan peruntukan kepada “orang tengah”, tiada analisa kos dan faedah, serta kekurangan proses untuk mengesan arah aliran perbelanjaan bagi mengelakkan pembaziran.

Selain itu, katanya, ketirisan boleh berlaku jika tiada mekanisme untuk mengesan setiap perbelanjaan dan peruntukan, serta lemahnya sistem pengawasan.

“Ada jabatan-jabatan yang tiada sistem-sistem efektif untuk mendapatkan laporan berkala, dalam usaha mengesan setiap bentuk dan jumlah perbelanjaan daripada peruntukan yang disediakan.

“Contohnya, projek-projek infrastruktur dan bekalan peralatan seperti untuk angkatan-angkatan tentera udara, laut, dan darat,” katanya.

Rafidah menegaskan, walaupun Belanjawan 2025 dirumus dengan niat baik, pelaksanaannya mesti diberi perhatian serius dan teliti.

“Jika tidak, setiap kebocoran, lencongan, ketirisan, dan pembaziran akan menjadi beban kos kepada rakyat, dan menjejaskan Malaysia, negara kita.

“Membanteras korupsi dan rasuah pasti bermula dengan niat yang baik, tetapi niat itu mesti disusuli dengan tindakan dan usaha yang serius dan komited.

“Rakyat tidak mampu dan tidak sanggup melihat nasi dalam periuk semakin tebal keraknya,” katanya.

BACA: Pengarah urusan pertama Bank Islam meninggal dunia, ini biodata Dr Abdul Halim