Dihimpit dengan kemiskinan, bapa tak mampu bayar kos pengebumian, simpan jenazah anak dalam peti sejuk

Oleh INFORAKYAT

Dihimpit dengan kemiskinan, bapa tak mampu bayar kos pengebumian, simpan jenazah anak dalam peti sejuk

Seorang lelaki yang berasal dari negara seberang, Indonesia mengambil keputusan menyimpan mayat bayinya di dalam peti sejuk

akibat daripada masalah kewangan yang dihadapinya.

Artikel Berkaitan: Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Hukuman Penjara 6 Tahun Pengasuh Adam Rayqal Kekal

Menerusi laporan Tribun News, bayi milik pasangan suami isteri itu meninggal dunia ketika berada dalam kandungan yang berusia lapan bulan.

Difahamkan, keadaan yang memaksa seorang bapa untuk bertindak sedemikian kerana kos untuk menguruskan pengebumian jenazah anaknya tidak mampu dibiayai.

Penduduk di Ciledug, Kota Tangerang, Banten, Indonesia menemui mayat bayi itu di dalam peti sejuk dengan keadaannya sudah membeku.

Walau bagaimanapun, mayat bayi tersebut selamat dikebumikan pada Selasa lepas setelah berada di dalam peti sejuk sejak Ahad.

BACA:

Kegiatan pengurus bank terbongkar, curi RM80 ribu dari individu berpangkat Datuk

Ingatkan cerita rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati, rupanya cerita the conjuring tu sebenarnya kisah benar!