Diana Danielle kecewa tiada dana untuk terbang US selepas terpilih wakil negara

Diana Danielle kecewa tiada dana untuk terbang US selepas terpilih wakil negara

Diana Danielle kecewa tiada dana untuk terbang US selepas terpilih wakil negara. Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 31, meluahkan rasa hampa kerana ketiadaan dana menjadi faktor utama produksi filem Imaginur tidak dapat menghantar wakil untuk ke Festival Filem Asia New York yang akan berlangsung pada 15 hingga 31 Julai ini.

Perkara itu disuarakan oleh Diana menerusi ciapannya di Twitter sambil mengulang ciap satu perkongsian yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Tetapi, kami tidak mampu untuk pergi kerana kami tidak mempunyai dana untuk menampung perjalanan ke sana, oh ya,”katanya.

Sebelum itu, menerusi perkongsian di akaun Twitter Finas, agensi kerajaan pusat bagi industri filem Malaysia itu merakamkan ucapan tahniah kepada filem cereka tempatan, Imaginur yang terpilih mewakili negara ke New York.

Filem arahan Pengarah Terbaik FFM26, Nik Amir Mustapha itu juga diumumkan telah menembusi seleksi pencalonan Filem Cereka Terbaik (Uncaged Award) bersama enam lagi filem Asia lain di festival berprestij antarabangsa tersebut.

Diana Danielle kecewa tiada dana untuk terbang US selepas terpilih wakil negara

Filem yang dibintangi oleh Diana Danielle dan Beto Kusyairi ini juga bakal dipertontonkan kepada penonton antarabangsa sebagai tayangan perdana sedunia di festival tersebut.

BACA:

Terlepas hukuman gantung, ini reaksi Yasin Sulaiman

Ingat baik, rupanya selama ni kucing kesayangan sendiri curi barang

Gaji menteri Malaysia boleh beli 3,300 botol minyak masak 5 kg!

CATEGORIES