Diana Danielle dedah dia hanya ambil 2 projek berlakon setahun ini sebabnya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

TIDAK mahu mengabaikan anak-anak terlalu lama, pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan

Dia menerima hanya satu atau dua naskhah lakonan dalam masa setahun.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, dia perlu berada di sisi anak-anaknya dalam memastikan segala urusan persekolahan dan aktiviti harian mereka terjaga.

“Orang kata semakin dewasa semakin hidup kita bebas tetapi sebenarnya semakin sibuk sebab saya ada banyak komitmen dengan anak-anak.

“Saya ambil pendekatan setiap tahun akan ambil satu ke dua filem atau drama untuk saya luangkan lebih banyak masa dengan mereka.

Diana Danielle dedah dia hanya ambil 2 projek berlakon setahun ini sebabnya

Diana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

“Saya sudah menjalani dua filem untuk tahun ini iaitu Baran dan Memori,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Diana memberitahu sekiranya dia terpaksa menolak mana-mana tawaran berlakon ia bukan kerana dia sombong atau bersikap memilih.

Sebaliknya enggan menjadi beban kepada pihak produksi terutamanya sekiranya sesuatu projek itu mengambil tempoh lama.

“Saya bukan sombong cuma kekangan masa. Apabila saya fikir 30 hari tidak bersama anak-anak, saya jadi sedih.

“Memang tak mampu nak tinggalkan mereka lama-lama.

“Jadi projek (drama atau filem) yang saya ambil itu perlu berbaloi sekiranya saya perlu meninggalkan anak-anak,” ujarnya.

Berbicara soal bayaran lakonan, Diana tidak pernah mendesak pihak produksi memenuhi permintaannya sebaliknya akan berunding secara baik sekiranya tidak bertepatan dengan kadar diberikan.

Apabila saya fikir 30 hari tidak bersama anak-anak, saya jadi sedih.

“Saya tidak demand, jika produksi tiada bajet saya tidak akan paksa mereka.

“Selalunya saya akan tanya bajet mereka dan sekiranya tidak kena dengan bayaran saya akan minta maaf dan beritahu mungkin belum masanya untuk kita bekerjasama.

“Saya pun perlu fikir macam-macam lagi. Bukanlah saya menolak tawaran itu mentah-mentah atau nak pandang rendah kepada naskhah tersebut,” katanya.

diana2 – 1

Diana hanya menerima beberapa tawaran berlakon kerana kekangan masa.

Untuk rekod, Diana mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012 dan bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu.

Namun pasangan selebriti ini memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Bagaimanapun pada 4 November lalu, Diana sekali lagi memfailkan cerai terhadap Farid dan kes tersebut masih dalam perbicaraan.

Hasil perkahwinan mereka, Diana dan Farid dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9 tahun.

BACA: ‘Kita jumpa di akhirat esok, Insya-Allah’ – Speaker