‘Dia target perempuan je!’, Wanita ini dedah taktik lelaki paw duit semata-mata nak duduk hotel siap bawa anak bini!
HANYA dengan menjaja kisah simpati yang diragui kesahihannya, seorang lelaki mampu mengaut wang besar daripada orang ramai.
Menggunakan modus operandi yang sama, lelaki dengan bentuk fizikal sempurna ini akan meminta wang sebanyak kira-kira RM50 dengan alasan untuk menampung bil hotel yang didiami bersama keluarga.
Lelaki berkenaan dipercayai menjadikan golongan wanita di sekitar Kuala Terengganu sebagai mangsa.
Aktiviti berkenaan didedahkan seorang wanita menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok hingga meriah lebih 367,000 jumlah tontonan.
“Hati-hati para wanita, ada seorang lelaki ni menipu nak minta duit sebab tak cukup nak bayar hotel apa entah. Ada bini dan anak-anak sekali katanya.
“Dia target perempuan sahaja. Ni (kejadian) dekat KTCC (Kuala Terengganu City Centre). Hati-hati okay,” tulis wanita yang mendakwa sudah dua kali diperdaya lelaki sama.
Menceritakan situasi yang dilaluinya kepada mStar, pemilik akaun bernama Fatihah Husna memberitahu kejadian pertama berlaku ketika dia berada di Pantai Batu Buruk di Terengganu sekitar November tahun lalu.
“Masa tu duduk dalam kereta selepas beli makanan daripada restoran fast food. Tiba-tiba dari dalam kereta saya ternampak seorang lelaki meluru ke arah kereta macam gelabah dan terdesak sangat.
“Keadaan itu menyebabkan saya menjerit meminta kawan kunci pintu kerana bimbang.
“Selepas itu dia ketuk cermin tingkap dengan muka sedih dan cemas serta nampak kesian. Dia cakap datang Terengganu sebab ada sepupu di hospital pastu dia tiada duit nak bayar hotel bajet kat Terengganu,” ujar Fatihah.
Ketika itu pelbagai soalan diajukan wanita berusia 22 tahun berkenaan.
Kata Fatihah, lelaki berkenaan turut menunjukkan MyKad miliknya sebagai bukti dia merupakan orang luar dari Terengganu.
View this post on Instagram
Antara netizen yang pernah diperdaya dengan lelaki sama.
“Saya tengok MyKad tu, kemungkinan dia orang Perak atau Kedah. Masa tu saya dan rakan masih ragu-ragu tapi disebabkan muka dia tu memang nampak betul-betul perlukan pertolongan jadi kawan saya bagi RM20 sebab memang tiada tunai yang banyak pada masa itu.
“Dia minta dalam RM50. Kemudian dia minta maaf banyak-banyak sebab susahkan saya dan rakan… dia juga ada maklumkan akan bayar balik kalau ditakdirkan berjumpa,” ujarnya sambil menyatakan kejadian berlaku sekitar jam 5 petang.
Walaupun dia pakai pelitup muka tapi cara percakapan dan ayat yang digunakan adalah sama… ‘tak ada duit bayar hotel’. Sebab itu saya boleh kenal semasa kali kedua bertemu dengannya.
FATIHA HUSNA
Menurut anak jati Kuala Terengganu itu lagi, pada masa tersebut lelaki yang dianggarkan berumur lingkungan 30-an memakai pelitup muka.
“Walaupun dia pakai pelitup muka tapi cara percakapan dan ayat yang digunakan adalah sama… ‘tak ada duit bayar hotel’. Sebab itu saya boleh kenal semasa kali kedua bertemu dengannya.
“Kejadian kali kedua ini berlaku di KTCC, ruang parking basement. Dia ketuk pintu semasa baru nak hidupkan enjin kereta, masa ni kejadian dalam pukul 7.15 malam,” jelasnya sambil menyatakan serik untuk bersimpati.
Tambah peniaga produk penjagaan wajah secara atas talian itu lagi, dia juga tidak menyangka ramai yang turut terpedaya dengan lelaki terbabit.
Rata-ratanya mengakui pernah berhadapan dengan situasi yang sama membabitkan lelaki berkenaan.
Dia dipercayai melakukan kegiatan sama sejak 2019.
Dia dipercayai melakukan kegiatan sama sejak 2019.
“Aku kena dua kali. Dia cakap tak cukup duit nak bayar hotel bajet. Siap cakap kalau tak percaya boleh hubungi isteri dan tanya sendiri.
“Dia cakap nak bayar hotel sahaja? Sebab I pernah kena juga, katanya nak bayar hotel dan anak duduk di hospital.
“Dia ada tunjuk IC tak? Kalau ada saya pun kena sekali, dia kata anak bini jauh kat hotel lepas tu tak ada duit nak balik hotel,” ujar beberapa netizen.
Ada juga yang menyatakan individu tersebut sudah ‘beroperasi’ sejak tiga tahun lalu.
“Sama. Rasa macam tiga tahun dah, ada lagi dia ni. Tiba-tiba muncul di pondok bas.
“Dah lama dia ni. Saya kena di Pesisir Payang tahun 2019. Skrip sama saja pakai,” luah beberapa netizen lagi.
BACA: