Sepanjang tempoh tiga hari pertama perkenalan mereka, seorang wanita mengakui lelaki yang baru dikenalinya merupakan seorang yang berperwatakan manja dan lemah-lembut.
Namun, perkenalan antara mereka berdua di satu aplikasi menunjukkan sikap lelaki itu yang begitu terdesak sehingga kerap menghubunginya.
“Dia betul-betul desperate inginkan aku. Asyik telefon dan sembang dari pagi sampai petang, siap ajak video call.
“Macam biasalah kalau video call, perempuan cuma tunjuk dahi je. Dia pun cakap, ala nak tengok muka awak. Saya cakap baru bangun tidur, dia cakap lagilah comel,” katanya menerusi satu perkongsian video di laman sosial.
Seorang wanita menerima mesej menerusi telefon bimbitnya. -Gambar hiasan
Memasuki hari keempat, dia tidak menyangka lelaki itu bertanyakan soalan yang pelik sehingga membangkitkan kemarahannya.
“Dia tanya soalan macam ni, perut awak ada selulit tak? Perut awak ada ‘stretch mark’ hitam tak? Soalan ‘sangat eksotik’, jarang lelaki kenal dengan perempuan tanya pasal selulit orang.
“Memang aku baran, kalau ada selulit pun kenapa, apa kena mengena? Hina ke ada selulit, apa masalah?” katanya dengan nada marah.
Walau bagaimanapun, lelaki yang baru dikenalinya itu membalasnya dengan baik.
“Dia jawab ‘Kalau awak ada masalah selulit, awak pakai satu krim ni’. Dia tunjuk kat aku gambar produk tu. Aku okay je,” ujarnya.
Tidak berakhir di situ, wanita itu kemudian diasak lagi soalan lain dan kali ini lebih pelik dan berbaur lucah.
“Ada soalan kedua, betul-betul buat saya baran. Dia tanya ‘Awak pakai coli (baju dalam wanita) ada besi ke tak ada besi?’ Aku terus fikir yang lelaki ini miang gatal ni.
“Aku maki dia, tak ada kena mengena, pasal apa coli nak ditanya. Ada besi ke tak ada, suka hatilah. Kalau awak nak cari perempuan gatal, pergi cari orang lain, bukan saya,” katanya.
Macam tu je dia mempermainkan perasaan.
Susulan soalan-soalan pelik itu, dia membuat keputusan untuk tidak mahu melayan lagi pemuda itu sehingga dia berulang kali menghubunginya dan cuba memujuknya.
Dia akhirnya menjawab panggilan video dan terkejut apabila lelaki berkenaan menunjukkan dirinya mempunyai ‘koleksi’ baju dalam wanita.
Konflik sering berlaku dalam perhubungan. -Gambar hiasan
Malah, lebih mengejutkan apabila lelaki itu menjelaskan bahawa pakaian dalam tersebut bersesuaian untuk kaum wanita mengekalkan bentuk payudara.
“Saya tanya ni coli siapa banyak ni? Dia akhirnya jawab, Saya sebenarnya dah kahwin. Saya minta maaf kalau awak tak nak berkawan dengan saya sebab saya dah kahwin.
“Tapi kalau awak ada masalah selulit, awak boleh pakai krim ni. Kalau badan dan ketiak ada masalah berbau… dia promote deodoran. Lepas tu dia ada jual coli.
“Kalau awak tak kawan sebab saya suami orang, tapi kalau awak nak beli semua tu, awak boleh telefon saya ye,” katanya yang mengimbas perbualan tersebut.
Menerusi perkongsian video berdurasi hampir 5 minit itu, dia kesal kerana menganggap dirinya dipermainkan demi strategi pemasaran dan melariskan jualan produk semata-mata.
“Macam tu je dia mempermainkan perasaan, tiga hari dia layan, rupanya jual coli. Bila aku stalk (intai) kat Facebook, rupanya bini dia ejen jual macam-macam, jadi top seller dapat jualan beratus ribu.
“Janganlah macam tu, mempermainkan perasaan wanita. Nasib baik aku tak jatuh hati dengan lelaki tu. Rupanya bini top seller, siap dapat anugerah. Matlamat tak menghalalkan cara tau,” katanya lagi.