“Dia ingat masuk rumah ke?”, Gelagat budak perempuan masuk mall buka selipar macam masuk rumah undang reaksi netizen.
Kalau kita bertandang di rumah orang sudah semestinya kita akan membuka kasut atau selipar yang dipakai sebelum masuk ke rumah bukan?
Ini bukan sahaja untuk mengelakkan daripada membuat kotor di rumah orang tapi juga menunjukkan adab yang baik.
Namun lain pula yang jadi apabila dalam sebuah video yang menunjukkan seorang budak perempuan sedang ke pusat beli-belah telah meraih tumpuan ramai.
Buka selipar sebelum masuk mall
Menerusi video yang dimuat naik oleh @saymaasyaaallah0 di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan sedang berjalan masuk ke dalam pintu masuk pusat beli-belah sambil berpimpin tangan bersama ayahnya.
@saymaasyaaallah0 Saking kebiasaannya ya Allah gustiii🤣 #videoviral #anaklucu #kelakuanrandom #ngakakkocak #ngakaksehat #anaksholehah ♬ suara asli – saymaasyaaallah0 – Acaica
Yang menghiburkan adalah dia telah bertindak membuka seliparnya sebelum masuk pintu masuk berkenaan. Dia dilihat cuba untuk memakai selipar itu kembali di atas karpet merah di depan pintu masuk tersebut.
syaaallah0 (TikTok)
“Her parents treat her well, its about manners, well done” – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.5M views, 86.4K likes dan 1,396 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji dengan tingkah laku budak perempuan ini yang disifatkan sangat beradab. Ada juga yang geram dengan kecomelannya
BACA:
Tak sangka! Patutlah rapat rupanya Azmin Ali anak angkat Tun M ramai tak tahu, ini kisahnya
Pelajar sekolah rendah sedih tiada siapa nak makan ‘potluck’ raya undang sebak netizen