“Dia dah sewakan rumah dah kenapa nak control macam ini? Bila aku cerita dengan keluarga, tiba kakak buka cerita pasal maksu”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hai semua, nama aku Eton (bukan nama sebenar).

Confession aku ni berkenaan perselisihan faham antara aku dan Maksu aku.

Dulu aku dan maksu rapat, setiap kali balik kampung mesti kami keluar sekali tapi sekarang tak lagi.

"Dia dah sewakan rumah dah kenapa nak control macam ini? Bila aku cerita dengan keluarga, tiba kakak buka cerita pasal maksu"

Boleh kata dah tujuh tahun kami tak bersua muka.

Benda ni bermula bila suami aku kena transfer dekat selatan tanah air. Masa tu kami baru sahaja tiga bulan kahwin.

Disebabkan kami melanggar kontrak rumah sewa sedia ada, deposit kami dikira burn oleh owner.

Masa tu memang tak boleh buat apa, company kata take it or leave it. Aku pula masa tu belum bekerja.

Dalam kelam kabut cari modal untuk rumah sewa baru, maksu aku offer duduk dekat rumah dia yang kebetulan memang kosong sebab dia tinggal dekat Selangor.

Rumah tu dia beli dengan suami dia, dan mereka akan duduk bila dah pencen nanti.

Masa tu dia offer tak payah bayar deposit dan dengan bayaran yang pada aku sangat murah dan berbaloi.

Mula mula agak keberatan, tapi suami kata kita duduk situ sekejap je sementara nak kumpul duit untuk deposit rumah lain.

Aku ada bincang dengan keluarga, tapi kakak menentang habis habisan.

Kakak memang pernah ada kes dengan maksu dulu, masa tu kakak kerja dengan dia. Tiga bulan je lepas tu kakak cabut lari.

Maksu ada buka bisnes vendor dan kafe, masa tu kakak jadi assistant dekat situ. Kakak kata maksu kuat mengarah dan kalau tersilap berbakul makian dia bagi tak kisahlah pada staff lain atau kakak sendiri.

Sebab tu staff memang tak tahan lama dan sampai kali terakhir aku jumpa maksu pun dia masih pening memikirkan soal staff. Maksu juga kuat mengungkit lagi lagi lepas kakak cabut lari dari rumah dia.

Berbalik pada cerita aku, lepas puas berbincang aku dan suami memang tak ada pilihan lain. Kami terpaksa menyewa dekat rumah maksu.

Rumah maksu besar, tiga tingkat. Atas sekali bilik utama tapi kami tak dibenarkan masuk. Maksu hanya benarkan aku dan suami duduk di tingkat kedua, itupun dua bilik je.

Kami tak kisah sebab niat kami memang nak menyewa buat sementara je walaupun maksu berharap kami duduk sehingga dia pencen.

Rumah tu aku boleh kata fully furnished, kecuali barang elektrik je tak ada.

Aku adalah tambah sikit macam kipas siling, aircond dan peti ais. Barang perabot memang lengkap dengan hiasan sekali.

Dua bulan lepas aku menyewa, maksu ada datang dengan alasan dia ada kursus dekat area situ. Masa tu dia duduk dekat bilik yang aku dah kemas. Dia spot check rumah, dan macam macam benda dia complaint.

Sebelum ni dia kata bilik bilik lain jangan masuk, tiba tiba dia suruh aku kemas semua bilik yang ada. Kipas siling pun sebelum tu aku dah tanya dia boleh tak, dia kata okey je.

Bila dah pasang dia nak jenis yang ada design, tak nak plain. Pokok bunga luar rumah pun dia suruh aku tanam, tapi bila aku dah tanam rupanya dia taknak bunga biasa. Dia nak pokok kayangan yang datang datang dah besar gedabak tu.

Aku diam je, suami pulak kata tak mampu sebab mahal sangat. Masa tu aku dah tak sedap hati sebab rasa ada yang tak kena dengan maksu.

Aku dan suami tekad untuk ikat perut supaya dapat mengumpul duit deposit rumah dengan segera.

Lepas tu lama maksu tak datang, rumah tu pun aku jaga macam biasa cuma dia selalu je video call atau mintak aku send gambar.

Dia ada je suruh aku deco sikit sikit rumah tu, dan aku memang ada buat lagipun aku memang interior designer cuma masa tu still junior level.

Bila aku send gambar dia okey je sambil puji puji hasil kerja aku cantik.

Aku memang jaga sangat rumah tu, lagipun pada aku dia dah tolong aku dengan masuk rumah tanpa deposit dan harga rendah.

Tak lama lepas tu dia dah start nak naikkan harga sewa dan mula mintak sebelum waktunya. Perjanjian sebelum 5hb, tapi 31hb dia dah push kami suruh bayar.

Gaji kami laki bini masuk 3hb, mana maunya bayar awal. Tiba tiba dia minta deposit jugak, katanya bayar sebulan pun jadilah. Masa tu aku terkilan jugak, masa mula mula kata lain.

Kejadian yang membuatkan kami tak bertegur sapa sampai sekarang masa raya tahun tu.

Masa tu aku mengandung anak pertama dan alahan memang teruk sampai berkali kali kena tahan wad. Nak masak memang tak larat, mengemas pun ala kadar je.

Masa bulan puasa tu maksu ada warning aku, dia tak suka aku bawak kawan kawan datang rumah.

Dia tak bagi aku pelawa sesiapa untuk datang berbuka atau kalau aku nak buat open house masa raya nanti.

Aku okey je sebab diri sendiri pun tak larat nak buat apa apa.

Tapi dalam diam suami aku memendam rasa, dia kata dah sewakan rumah dah kenapa nak control macam ni?

Nak jadi cerita, seminggu lepas raya tiba tiba dia datang satu keluarga. Aku pelik sebab dia bawak banyak sangat barang makanan dan peralatan memasak.

Rupa rupanya dia nak buat open house dekat rumah tu dan dia jemput semua kawan kawan dia yang berdekatan.

Aku tau pun dari mama sebab mak lang yang sampaikan pada mama. Masa tu aku memang dah tak senang duduk sebab aku tau suami mesti mengamuk sakan.

Jangan kata suami, aku pun rasa privacy aku diceroboh sesuka hati sebab aku duduk situ atas dasar sewa, bukan menumpang.

Setiap bulan aku bayar, tak pernah kurang dan tak pernah lambat.

Esoknya makin ramai saudara mara belah suami maksu datang bertandang, menolong memasak katanya.

Aku buat buat bermanis muka sedangkan masa tu aku memang tak larat, rasa nak baring je dan dalam masa yang sama hati pun memberontak.

Lepas open house tu aku memang betul betul lembik. Esoknya bila maksu dah balik dia whatsapp aku panjang berjela jela.

Pertama, dia rasa suami aku biadap sebab tak bercakap dengan dia dan suami. Suami aku bukan biadap, tapi masa tu dia betul betul terkejut sebab tiba tiba ada majlis dekat rumah.

Lagi satu suami aku tak puas hati sebab dia bayar rumah tu. Abang dia pun menyewa rumah makcik mereka, tapi tak ada pun tuan rumah sesuka hati nak datang menginap apa lagi buat majlis.

Kedua, dia kata rumah tu kotor. Dia nak aku lap setiap hiasan yang ada. Kalau pokok bunga hiasan tu, dia nak aku lap batang, tangkai dan sebagainya satu persatu.

Setiap kabinet pun dia nak aku lap, taknak ada habuk pun. Rumah mesti sapu sehari dua kali sebab berhabuk, carpet semua kena angkat.

Dan ada hiasan yang dia tak suka, dia dah campak dalam store.

Yang paling geram, dia kata semua orang pun mengandung tapi aku ni teruk sangat macam mengada ngada.

Aku tak tau dia buta ke apa, padahal masa tu bos aku sendiri pun suruh aku kerja dari rumah. Bila ada client, baru aku masuk office.

Kesilapan terbesar aku, aku tunjuk pada suami sebab dah tak tahan sangat dan tak tau nak mengadu pada siapa. Nak ngadu pada mama, tu adik dia.

Malam tu jugak suami call maksu, dia mengamuk sebab dia rasa maksu buat aku macam bibik.

Suami ungkit jugak keadaan rumah maksu masa kami mula mula masuk. Ya, rumah tu cantik dan penuh dengan perabot tapi banyak benda yang tak okey.

Rumput tumbuh meliar, penuh tahi burung, siling bocor, pressure air tak kuat dan penuh anai anai.

Masa mula mula masuk pun suami cabut semua langsir dan ambil karpet bawa ke dobi untuk dibasuh sebab berhabuk.

Dan masa aku dah tak larat pun suami yang kemas rumah, aku hanya uruskan bilik je.

Tapi rumah tu besar, tak mampu nak bersihkan semua dalam masa sehari.

Suami ambil keputusan untuk pindah time tu jugak. Walaupun duit kami belum mencukupi, suami tetap cari rumah lain.

Alhamdulillah jumpa dalam masa dua hari, dan owner memberi kami peluang untuk bayar deposit 2 kali.

Sampai sekarang, aku masih duduk di rumah yang sama dan aku cukup bahagia. Anak anak aku pun membesar di rumah ni.

Setiap tahun aku buat open house dan mesti jemput owner, setiap kali dia datang dia sentiasa ucap syukur sebab rumah tu dijaga dengan baik dan sangat cantik.

Untuk maksu pulak, dia bergaduh teruk dengan aku dan suami. Macam macam dimaki hamunnya. Aku tak kenang budi, aku sewa tak bayar deposit dan bermacam macam lagi.

Tak puas dia maki aku, mama pun kena tempias. Habis dia bagi karangan gred A pada mama, katanya mama dengar dari sebelah pihak.

Dia ada mintak maaf, tapi lepas tu tiba tiba dia mengamuk balik pada mama. Dia ungkit ungkit pasal deposit dan perangai suami aku.

Dia update dekat laman social, tapi dia hide dari mama. Mama tau pun dari bapak, bapak tunjuk status yang maksu update. Mama menangis sebab maksu hina kami sampai macam tu sekali.

Pernah mama rasa nak maafkan, tapi maksu ungkit dan mengamuk semula pada mama lepas tu.

Tak cukup itu, dia cerita pada semua saudara mara mama. Tetapi ada yang lebih mengenali mama dan aku, mereka tak percaya cerita maksu bulat bulat.

Dia ada jugak whatsapp mama tanya mana barang barang dia macam pinggan mangkuk, cadar dan sofa bed dekat ruang tamu. Aku tak segila tu nak ambik barang dia.

Hadiah kahwin aku pun banyak, bermacam jenis cadar aku dapat. Pinggan mangkuk pun banyak, sampai aku tinggalkan je dekat rumah mama.

Sofa bed? Aku pun tak tau bila masa rumah dia ada sofa bed sebab rumah dia penuh dengan sofa yang besar gedabak tu.

Selepas aku dan suami stabil, diam diam aku bayar duit deposit rumah yang sentiasa jadi bahan ungkitan maksu.

Memang masa aku melangkah keluar tu aku dah nekad nak bayar, aku simpan no akaun dia.

Aku tak pasti dia sedar ke tak, yang penting aku dah bayar. Kira deposit aku tu burn lah sebab keluar dari rumah dia tiba tiba.

Sekarang mama pun dah meninggal. Aku tak tau mama maafkan maksu ke tak, tapi mereka tak berbaik hingga akhir usia mama.

Aku pernah jugak suruh mama berbaik, sebab yang bergaduh dengan dia tu aku.

Tapi mama enggan sebab hinaan dia pada keluarga kami sangat memberi kesan pada mama. Dan kata mama, aku ini anaknya.

Rumah yang aku sewa tu pun dah dijual pada orang lain sebab maksu bercerrai dengan suami dia setahun yang lepas.

Aku rindu maksu, cuma tulah mungkin aku juga ego.

Pengajaran untuk kami, elakkan berurusan dengan saudara mara. Jika ada yang tak kena, habis putus pertalian saudara tu.

Reaksi Warganet

NuRaz Wan –
Nasib kita yang kurang baik. Ada seorang dua saudara mara yang toxic pun, dah cukup mmberi racun dalam perhubungn.

Dan kalau dah kenal pasti, janganlah berurusan dengan mereka.

Kalau setakat touch and go je boleh laa. Jangan berurusan lama lama.

Nur Syahira –
Bila si bongsu melebih lebih memperbesarkan sesuatu perkara, mereka cerita memburukkan dan menghina ahli keluarga sendiri, drah daging sendiri, kemaafan tu sesuatu yg berat untuk diberi.

Fuhhh, biarkan lah maksu tu. Mungkin dia bahagia bila ada jurang antara ahli keluarganya…

Ecah Ahmad –
Hemm.. sedih kalau mulut sedara macam longkang.

Patut dah makin tua ni, jaga la mulut dan hati sedara mara.

Kadang ada orang ni, dia rasa semua elok. Tuhan tak uji dia, semua smooth. Dia lupa yang kita boleh sekejap di atas dan sekejap di bawah.

Orang tengah struggle dan susah, mulut dia sedap perli mengata. Walaupon orang tu dah diam buat hal sendiri. Takpe.. Allah maha adil.

Bukan tak sayang dengan sedara tapi better kita diam dan menjauhkan diri. Malas nak menambah dosa.

Keep calm. Buat hal sendiri dan gembira dengan cara kita.

Noor Asyikin –
Saya bersimpati dengan family confessor terpaksa berdepan dengan orang kaya yang acah acah ikhlas camni.

Jadikan pengajaran tiap kali nak sewa rumah kena ade agreement siap cop matikan setem walaupun sedara mara. Ni untuk melindungi hak penyewa dan tuan rumah.

Pastu ambik gambar keadaan rumah dan barang barang yang ade dalam rumah tu. Hantar gambar gambar tu pada tuan rumah sebagai bukti nanti takde la ungkit ungkit dan tuduh tuduh kemudian hari.

Tak perlu la nak berbaik sangat dengan maksu tu cukup sekadar wish hari raya ke hepi bday ke sebab pengalaman saya berkawan dengan orang camni, diorang takkan berubah.

Diorg rasa orang lain kena sabar dan terima perangai mereka kalau nak terus bersilaturrahim dengan mereka.

Walaupun diorg tau dan sedar perangai buruk diorang tapi tu la diorang takkan berubah sebab nak orang lain yang sabar dan terima perangai mereka.

Cik Puan Nurul –
Ini betul… Kalau boleh elakkan la berurusan dengan saudara mara.

Samada nak menumpang bilik ke tumpang rumah ke atau kenderaan untuk suatu tempoh tertentu. Kalau sekadar sekejap sahaja takpe.

Memang akan jadi bahan ungkitan hujung hujung nanti. Selagi boleh usaha kita usaha dulu…

Sumber– Eton

BACA: Jangan cair dengan senyuman pramugari! Ini rahsia disebalik senyuman pramugari ramai tak tahu