Pelakon Idzham Ismail mendedahkan bahawa dia telah sah bercerai dengan isterinya,
Siti Nur Abilah Shamsudin, setelah melafazkan cerai akibat gagal mengawal kemarahannya.
Melalui satu hantaran di InstaStory, Idzham mengumumkan bahawa Mahkamah Rendah Syariah Klang
Mahkamah telah memutuskan bahawa pasangan itu sah bercerai.
Pada masa yang sama, Idzham, yang nama penuhnya ialah Muhammed Idzham Ismail, juga mendedahkan bahawa dia dan isterinya tidak mempunyai rancangan untuk rujuk semula.
“Mahkamah telah memutuskan kami sah bercerai. Kami tidak akan rujuk. Pesan saya, Allah ada; jawab dengan Allah untuk segalanya yang dibuat,” katanya dalam hantaran itu.
Sementara itu, memetik laporan mStar, aktor berusia 36 tahun itu menjelaskan bahawa mahkamah telah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Idzham pada awal bulan Oktober lalu.
Idzham menjelaskan bahawa konflik berpanjangan menjadi punca dia gagal mengawal kemarahan sehingga melafazkan cerai di luar mahkamah terhadap Abilah.
Menurutnya, keputusan isterinya untuk kembali bekerja sebagai pramugari juga menjadi salah satu faktor perselisihan antara mereka sejak bulan Jun lalu.
“Saya kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia berpunca daripada masalah kecil sahaja. Selepas saya izinkan dia bekerja semula, dia berubah.
“Sudah berbulan-bulan saya mencuba memujuk dan tidak henti-henti memujuk. Sehinggalah pada awal Oktober, saya terlafaz cerai. Saya manusia dan bukannya malaikat. Saya sudah bersabar berbulan-bulan,” luahnya.
Tambahnya, tidak mungkin dia akan kembali berbaik dengan Abilah, dan buat masa sekarang, mereka masih dalam proses perbincangan untuk menetapkan hak penjagaan anak.
“Saya boleh katakan hubungan kami sekarang memang tidak baik. Buat masa sekarang, anak-anak di bawah jagaan saya. Saya mahu mendidik anak-anak, dan mereka mahu tinggal bersama saya.
“Saya dan bekas isteri akan berbincang di masa akan datang tentang hak penjagaan anak,” jelasnya.