Di zaman PN ini, kenalkah MAZA siapa ulama berperangai anjing?

Di zaman PN ini, kenalkah MAZA siapa ulama berperangai anjing?

ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING

Tajuk di atas saya ambil dari posting Mufti Perlis pada 21 Oktober 2014 di FB nya. Ia bukan saya yang suka2 tulis. Tetapi ia adalah apa yang Mufti Perlis tulis sendiri sebagai tajuk postingnya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10152859122087990&id=279290772989

Tajuk tersebut berkaitan dengan ayat Qur’an berikut :

“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING. Jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya. Dan jika engkau membiarkannya, dia tetap menjelirkan lidahnya juga. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. [Al-A’raf (7) : 176]

Ayat ini ialah mengenai kisah seorang pendita dan wali Allah di zaman Nabi Musa dulu bernama Bal’aam bin Baura. Ringkas cerita, dia termakan pujuk rayu seorang raja zalim yang meminta Bal’aam berdoa kepada Allah untuk kemusnahan Nabi Musa dan kaum Bani Israel yang berkeliaran di padang pasir Sinai selama 40 tahun akibat dihukum oleh Allah. Mereka dihukum kerana kebaculan dan kedegilan atas keengganan memasuki tanah Palestin memerangi penduduk di sana yang zalim setelah diperintah oleh Allah melakukannya.

Ketika berpusing-pusing di padang pasir SInai, Nabi Musa dan pengikut2nya telah berkhemah di suatu kawasan yang berdekatan dengan negeri Moab (bahagian barat Jordan hari ini). Raja bagi jajahan negeri Moab yang bernama Bala’ telah mendapat berita ini dan sangat bimbang sekiranya Nabi Musa dan pengikut2nya akan menyerang negeri Moab dan menawannya.

Lalu dipanggilnya Bal’aam untuk berdoa kepada Allah supaya memusnahkan Nabi Musa dan pengikut2nya agar mereka tidak akan memasuki negeri Moab. Pada awalnya, Bal’aam enggan melakukannya. Tetapi selepas dipujuk oleh raja Bala’ beberapa kali, Bal’aam akhirnya bersetuju.

Allah merakam kisah mengenai Bal’aam bin Baura di ayat 7:176 dan mengumpamakan para ulama yang termakan pada pujuk rayu pemerintah yang zalim seperti anjing yang sentiasa terjelir lidahnya.

Mufti Perlis telah bercerita tentang pengajaran yang sepatutnya diambil dari kisah ini dengan panjang lebar di posting FB nya. Saya malas komen panjang2. Saya minta anda membacanya melalui link FB yang saya telah beri di atas tadi, dan buatlah kesimpulan sendiri.

Posting beliau juga dipetik oleh portal FMT dengan tajuk : “Asri: Jangan lupa pada ‘ulama’ berperangai macam anjing.” Sila rujuk kepada link berita tersebut di akhir posting ini di bawah.

Waktu Asri memberi komen ini 6 tahun lalu, sasarannya ialah parti Pas dan para pengikutnya yang taksub kepada pemimpin mereka hingga berkelakuan seperti robot yang tidak boleh berfikir menggunakan akal sihat sendiri.

Saya tidak pasti jika ayat ini dan ulasan yang diberi oleh Asri dulu terkena pada batang hidungnya pada hari ini kerana sikapnya yang masih berdiam diri terhadap segala isu2 panas yang timbul di negara ini selama 100 hari di bawah pemerintahan PM pujaannya. Sikap berdiam dirinya boleh ditafsir sebagai sokongan yang padu kepada Muhyiddin walapun dia telah berjanji untuk mengkritik kerajaan Muhyiddijln sekiranya berlaku apa2 salahlaku.

Tidak perlulah saya senaraikan salahlaku2 yang telah dilakukan oleh PM-8 ini dalam tempoh 100 hari lepas dan kebimbangan rakyat terhadap apa yang bakal berlaku di masa depan jika dia masih berkuasa. Kita masing2 sedia maklum tentang hal ini.

Sumber :

COMMENTS