“Detik yang tak disangka merubah segalanya..Suami yang aku hormati dan percaya telah hancurkan segalanya..
“Baru hari ini terpanggil untuk meluahkan segala rasa yang terbeku di hati.
Tapi saya terpaksa create fb lain ni min, tak bersedia pulak nak bagi min kenal saya.
Cukuplah semoga kisah benar ini menjadi iktibar untuk suami/isteri diluar sana tentang pentingnya kepercayaan.
Hampir 10tahun rumahtangga kami, dikurniakan 2orang cahaya mata. Alhamdulillah dari awal berumahtangga sehingga harini kami tak pernah ada masalah kewangan, rumahtangga pun bahagia sangat sebelum ni.
Saya seorang isteri yang sangat pentingkan keperibadian suami, dari hujung rambut sampai hujung kaki saya jaga. Saya pendekkan cerita jela ye.
Detik yang tak disangka merubah segalanya.. Suami yang saya sangat hormati dan percaya telah hancurkan segalanya..
Kisahnya bermula bila suami saya ditahan polis kerana seorang lelaki telah membuat report bahawa suami saya telah teelanjur dengan isteri beliau.
Polis telah menghubungi saya sendiri meminta saya ke balai untuk soal siasat sebagai seorang isteri tertuduh balasan untuk suami, dia pun ditipu perempuan itu.. Perempuan itu bagitahu bahawa dia seorang janda.
Lepas kejadian tu, suami mohon maaf dan mengaku tak kan mengulangi lagi kesilapan itu.. Suami memindahkan 50k ke akaun bank saya sebagai tanda maaf dari dia supaya saya memberi peluang kedua untuk dia tapi duit takde makna lagi bagi saya sekarang, hati saya hancur tapi saya tetap maafkan dia dan memberi peluang,
Bukan kerana duit tapi kerana selama hampir 10tahun rumahtangga, ini kali pertama dia buat silap dalam rumah tangga dan selama ini pun kami 4 beranak sangat bahagia.
Beberapa bulan berlalu, saya mengalami stress terlampau mungkin disebabkan saya memendam banyak rasa. Suami bersungguh-sungguh cuba mengambil hati saya lepas kejadian itu.
Tapi setiap perlakuan suami pada saya, saya terbayang suami dengan perempuan lain. Kalau sebelum ini setiap kali gaduh saya banyak diam, sekarang tak lagi. Saya akan mengamuk, mengungkit segala perbuatan suami. Lepas tu saya akan menangis.
Saya benci bila tengok suami tapi bila jauh saya rindu dan sayang saya pada dia pun tak pernah berubah. Doakan saya kembali seperti dulu.
Suami/isteri diluar sana, ingatlah. Mahalnya kepercayaan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Manusia boleh memaafkan tapi untuk melupakan itu terlalu payah. Tapi kita sebagai manusia, memberi peluang itu tidak salah.
Yang salah bila kita diberi peluang dan kita mengulanginya lagi. Perceraian bukanlah jalan terbaik untuk segala masalah rumahtangga kerana dalam rumahtangga memang tidak lari dari masalah cuma bezanya cara kita menyelesaikannya. Masalah kita berbeza tapi rasa sakitnya itu tetap sama.
BACA:
Ini senarai 30 barang kawalan sempena Hari Raya Aidilfitri buat ramai nak tahu