“Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa..”, rupanya ini penyanyi asal lagu viral

“Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa..”, rupanya ini penyanyi asal lagu viral.Lirik lagu ‘Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’ dipetik dari judul Cinta Sampai Mati, meniti di bibir warganet sejak akhir-akhir ini. Selain itu lagu ini juga turut popular dan sering digunakan ramai di aplikasi TikTok.

Fenomena lagu Cinta Sampai Mati ini cukup luarbiasa sekali. Malah tidak kira peringkat usia lagu ini menjadi siulan ramai. Untuk info, lagu ini dirilis oleh Kangen Band dan dicipta oleh isteri gitaris kumpulan Kangen Band, Doddy Hardianto iaitu Ayu Rizky Yani.

Kumpulan ini menerbitkan lagu tersebut menerusi laman Youtube mereka pada Februari 2022. Bagaimanapun lagu dengan lirik lagu ‘dengarkanlah di sepanjang..’ ini sudah pun viral dan dipopularkan dahulu oleh Raffa Affar pada Januari 2022.

lagu di sepanjang malam

Jadinya lagu ini adalah milik Kangan Band tapi dipopularkan dahulu oleh Raffa Affar. Tidak kira siapa pun yang empunya runut bunyi ini, penciptanya harus dipuji. Lirik dan melodi lagu ini cukup membuai perasaan!

Berikut adalah nyanyian lagu Cinta Sampai Mati yang dinyanyikan oleh Raffa Affar dikongsikan menerusi saluran Youtube miliknya:


Ini pula lagu ini versi Kangen Band sendiri:

Dua-dua pun miliki aura tersendiri. Sedap dan menusuk ke kalbu. Malah versi Kangen Band sendiri sudah meraih lebih 26 juta tontonan baru lebih kurang sebulan lebih disiarkan!

BACA:

Lambakan duit syiling purba ditemui lelaki ini, rupanya jenis ini paling bernilai di Britain

Pramugari ini kongsi rahsia dapatkan makanan percuma untuk penumpang atas kapal terbang

Pramugari ini kongsi rahsia dapatkan makanan percuma untuk penumpang atas kapal terbang

CATEGORIES