Siapa sangka suatu hari nanti kita akan melihat iklan perniagaan pada batu nisan,
Mereka yang sepatutnya membuatkan kita merenung dan bermuhasabah ketika melawat arwah?
Baru-baru ini, tular sebuah gambar yang dikongsi di platform Reddit, menarik perhatian ramai
apabila menunjukkan sebuah batu nisan yang terukir nama kedai yang menghasilkannya.
Pengguna yang memuat naik gambar tersebut menyoal sama ada fenomena ini adalah perkara biasa bagi penjual batu nisan untuk meletakkan nama kedai mereka pada produk yang dijual kepada pelanggan.
“Adakah ini suatu perkara biasa untuk penjual batu nisan meletakkan nama kedai padanya apabila dijual kepada pelanggan?” soalnya.
Perkongsian individu ini menjadi perbincangan hangat di kalangan pengguna, di mana rata-ratanya menjawab bahawa tindakan tersebut bukanlah perkara biasa dan boleh dianggap sebagai tidak menghormati dan kurang ajar terhadap keluarga si mati.
Ramai berpendapat bahawa teknik pengiklanan seperti ini tidak sepatutnya dibawa ke dalam konteks berkaitan kematian, dan cukup sekadar mempromosikan secara dalam talian yang dilihat jauh lebih efektif dan manusiawi.
Walaupun ada yang bersangka baik bahawa tindakan terukir itu mungkin mendapat persetujuan daripada keluarga si arwah, ia tetap dilihat kurang sopan di mata ramai.
Tindakan tersebut turut ditegur oleh pengguna Reddit tempatan dari pelbagai latar belakang dan agama.
BACA: Selain kertas exam, kertas yang bakal dibacakan PMX petang ini juga bakal buat ramai berdebar