Dengan penguatkuasaan sistem VEP, ini nilai hasil yang bakal kerajaan kaut dari rakyat Singapura

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kutipan daripada Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dikeluarkan kepada kenderaan Singapura

Mereka yang memasuki Malaysia dijangka melebihi RM100 juta tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Memetik laporan dari The Star, beliau menyatakan bahawa jumlah kutipan daripada VEP pada tahun lepas telah mencapai RM91,037,040.

“Dengan jangkaan peningkatan kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor tahun ini, saya menganggarkan kutipan akan melepasi RM100 juta,” kata Anthony Loke.

Hasil kutipan ini akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Dengan penguatkuasaan sistem VEP, ini nilai hasil yang bakal kerajaan kaut dari rakyat Singapura

“Daripada RM20 yang dikutip daripada setiap VEP, RM5 akan dikembalikan kepada kerajaan Johor.

“Kami akan berunding dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan kutipan VEP disalurkan bagi tujuan pengangkutan awam di Johor.”

Rundingan ini akan diadakan dengan Kementerian Kewangan mengenai cara untuk menambah baik pengangkutan awam di Johor menggunakan hasil yang dijana daripada VEP, katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Hong Pin (PH-Bakri) di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Anthony Loke, terdapat 89,818 perjalanan melibatkan pelbagai kenderaan yang telah menyeberang dari Johor ke Singapura setakat bulan lepas.

Beliau menjelaskan bahawa kenderaan ini telah melalui Tambak dan Link Kedua.

Daripada jumlah tersebut, 31,194 adalah kereta, 53,000 motosikal, 3,531 bas komersial, dan 2,093 lori komersial.

Sebaliknya, Loke juga menyatakan bahawa terdapat 4,397,229 kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor melalui dua pintu masuk setakat bulan lepas.

BACA: Ira Kazar dedah masih berhubung dengan Syamsul Yusof