“Dengan mak ayah saya pun dia kurang ajar”, pelakon kantoi bermain cinta dengan perempuan lain belakang isteri. Boleh kata sekarang hari-hari memang tak terlepas mendengar berita atau kisah keruntuhan rumah tangga.
Baik public figure, artis mahupun orang biasa, tiada yang terkecuali terpalit dengan masalah suami isteri.
Rata-rata berpunca daripada pengkhianatan pasangan serta hadirnya orang ketiga sehingga membawa kepada perpisahan.
Tekad failkan talak ke atas suami
4 tahun mendirikan rumah tangga namun ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Akhirnya seorang wanita bernama Shelvie Hana Wijaya tekad untuk memfailkan talak ke atas suaminya juga pelawak digelar Daus Mini.
Malah keputusan yang dibuat juga bukanlah secara tergesa-gesa namun sudah difikirkan lama serta sehabis baik.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Suami kantoi bermain cinta dengan perempuan lain serta tak hormat mentua
Rupa-rupanya, ini bukanlah perkahwinan yang pertama buat Daus Mini malah pernah berpisah dan telah mempunyai 2 orang bekas isteri.
Rumah tangganya yang sebelumnya hanya bertahan 3 hingga ke 4 tahun sahaja.
Meskipun anak mereka berdua masih kecil, namun Shelvie tidak tahan lagi setelah mengetahui sikap suaminya yang sempat selingkuh. Malah lelaki tersebut juga dikatakan sering saja tidak hormat akan kedua-dua orang tuanya.
Ada beri bayangan dah banyak kali maafkan
Sekitar Disember tahun lalu, Shelvie sempat beri bayangkan seringkali memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya.
Kalau boleh, wanita tersebut enggan berpisah namun sepertinya pelawak berkenaan tetap saja angkuh serta bersikap egois.
BACA:
Bebanan label ‘pengkhianat’?, Azmin umum berehat daripada politik
Abah keluar mesti bawa beg laptop walaupun bukan hari kerja, aku terjumpa ‘sarung’ dalam beg abah