Misi larian solo ini juga berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM160,000 setakat pagi hari ini.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjaya menamatkan misi larian solonya sejauh 200 kilometer
selepas tiba di luar bangunan Parlimen kira-kira pukul 9.30 pagi hari ini.
Kedatangan Syed Saddiq disambut dengan antusias oleh penyokong parti Muda serta beberapa ahli Parlimen dari kumpulan pembangkang.
Larian hari terakhir bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut diiringi oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin,
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dan beberapa pemimpin dari Bersatu.
Syed Saddiq meneruskan lariannya pagi ini dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) KLCC pada pukul 8.45 pagi untuk menamatkan larian ‘Langkah Muar’ yang bermula pada Jumaat lepas.