Dengan 2 bahan ini pasti kesan gam pada jubin tertanggal terus, jimat upah tukang

Oleh INFORAKYAT

Tak cukup bajet untuk panggil tukang menyebabkan ramai individu melakukan pengubahsuaian rumah sendiri, walaupun tanpa asas pertukangan.

Begitulah yang dilakukan oleh Zarul Anwar, yang telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pengikut laman Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Beliau berjaya menghilangkan kesan gam dan getah berwarna hitam pada jubin

selepas mengalihkan kolah mandi secara do it yourself (DIY) dan kemudian berkongsi teknik yang digunakan.

Menurutnya, kaedah menggunakan dua bahan ini adalah yang paling mudah dan cepat.

Dengan 2 bahan ini pasti kesan gam pada jubin tertanggal terus, jimat upah tukang

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan untuk memudahkan proses membuang gam kolah:

Bahan-bahan:

Asid pencuci jubin
Thinner
Cara melakukannya:

Mula-mula, sapukan asid pencuci jubin pada kawasan yang terkena gam.

Setelah seluruh bahagian diselaputi asid, tambahkan sapuan thinner pula.

Biarkan selama 10 minit untuk membolehkan kedua-dua bahan bertindak balas.

Kemudian, kikis dan gosok bahagian yang berkenaan menggunakan skalpel.

BACA: Bangga tulis ‘kerat 8’ di bio akaun tiktok, netizen minta abah hayat duduk diam-diam bina hidup baru