Dendam punya pasal, pemandu jentolak nekad ‘sondol’ kereta JPJ sampai terbalik

Dendam punya pasal, pemandu jentolak nekad ‘sondol’ kereta JPJ sampai terbalik

Dendam punya pasal, pemandu jentolak nekad ‘sondol’ kereta JPJ sampai terbalik. Berang kerana disaman, seorang pemandu jengkaut bertindak merempuh kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga remuk dalam kejadian di Jalan Kepayan, Kampung Magatang, di sini, hari ini.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial bagaimanapun memaparkan anggota dan pegawai yang terbabit terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Difahamkan, pemandu bertindak demikian selepas disaman oleh anggota JPJ kerana dipercayai tidak memiliki lesen memandu kelas F.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim ketika dihubungi memaklumkan akan membuat kenyataan media dalam masa terdekat.

Dendam punya pasal, pemandu jentolak nekad 'sondol' kereta JPJ sampai terbalik

BACA:

Rakyat Kelantan dijangka berebut buat bidaan nombor ‘DEH’ selepas JPJ buka pendaftaran

Tular video JPJ ‘escort’ lori balak di Kelantan, ini sebenarnya yang berlaku

JPJ tawar diskaun 70 peratus saman bermula hari ini

CATEGORIES