Seorang lelaki di Mojokerto, Jawa ditahan oleh pihak polis selepas didapati sengaja ‘menjual’ isterinya
dengan menawarkan perkhidmatan seks demi mendapatkan wang.
Menurut Ketua Polis Mojokerto Kota, AKP Achmad Rudi Zaeny, lelaki tersebut mengiklankan isterinya yang berusia 25 tahun melalui laman Facebook.
Lelaki itu mengenakan bayaran sebanyak Rp1.5 juta (kira-kira RM421.25) kepada pelanggan yang berminat,
selain meminta bayaran pendahuluan Rp200 ribu (RM56.17) melalui pemindahan wang dalam talian.
Pasangan tersebut bersama seorang pelanggan telah ditangkap oleh polis pada 10 September lalu ketika mereka sedang berurusan mengenai perkhidmatan tersebut di sebuah hotel.
“Isterinya mengaku bahawa wang hasil daripada aktiviti tersebut akan digunakan untuk membeli sebiji kek sempena hari lahir anak mereka yang berusia enam tahun,” katanya seperti yang dipetik oleh Detik pada Selasa.
Lelaki tersebut kini didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia dan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun serta denda sehingga Rp600 juta (RM168,508).