Demi jawatan dan gaji GLC, PN abaikan keluhuran nilai Melayu Islam

Demi jawatan dan gaji GLC, PN abaikan keluhuran nilai Melayu Islam

Terdapat satu kod pemerintahan yang penting di sini iaitu “biar mati anak jangan mati adat.” Betapa ramai kalangan kita salah tafsir akan pepatah ini. Ia tidak bermaksud orang Melayu taasub akan adat sehingga sanggup membiarkan keturunannya mati.

Adat di sini adalah undang-undang tradisi Melayu; maka yang dimaksudkan adalah keluhuran undang-undang. Justeru, ia bermaksud apabila bertembung kepentingan diri dengan undang-undang dan aturan sistem, kita jangan sampai melebihkan kaum, kerabat dan kroni sehingga menjahanamkan keluhuran undang-undang.

Pepatah biar mati anak jangan mati adat ini nampak diliwat semahu-mahunya oleh orang Melayu. Adat atau undang-undang dinoda. Demi kerabat parti. Maka ada jual beli jiwa. Biar mati pengundi. Jangan mati gaji GLC. Pergi lantakkanlah demokrasi.

Jadi di manakah nilai Melayu-Islamnya pada Melayu hari ini?

Berita penuh :https://m.malaysiakini.com/columns/525055

 

COMMENTS