Demi duit, wanita sanggup buat live Tiktok mandi lumpur

Demi duit, wanita sanggup buat live Tiktok mandi lumpur

Demi duit, wanita sanggup buat live Tiktok mandi lumpur. Polis Nusa Tenggara Barat (NTB) menyiasat pemilik akaun TikTok yang memaparkan video wanita dipercayai berstatus ibu dan nenek yang mandi air lumpur.

Berdasarkan semakan Kompas, kira-kira 30 video seumpamanya dengan menampilkan individu berbeza disiarkan di media sosial itu.

Jurucakap polis NTB, Artanto berkata, pemilik akaun itu berasal dari Desa Setanggor, Praya Barat, Lombok Tengah.

“Pada Selasa, 17 Januari 2023, anggota Subdit Siber melakukan profiling dan menemukan pemilik akaun TikTok @intan_komalasari92 itu berada di Desa Setanggor, Kecamatan Praya Barat, Kabupaten Lombok Tengah,” katanya.

Artanto berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap pemilik akaun TikTok dan beberapa individu yang tampil dalam video mandi lumpur itu.

Beliau turut menjelaskan pihaknya sudah mengenal pasti orang yang pernah tampil dalam penstriman langsung di akaun TikTok sama.

Selain itu katanya, pemilik akaun TikTok itu adalah suami isteri.

Demi duit, wanita sanggup buat live Tiktok mandi lumpur

“Beberapa orang yang tampil dalam (TikTok) Live itu memiliki hubungan keluarga dengan pemilik akaun.

“Selain itu, ada beberapa jiran pemilik akaun juga tampil dalam (TikTok) Live berkenaan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan individu berkenaan tampil secara sukarela di dalam penstriman langsung itu.

“Ia bagi mendapatkan sejumlah wang daripada gift yang diberikan pengguna TikTok,” katanya.

@atorizzs Replying to @uhuy😎🤟 ini beda orang lagi, kali ini lebih tua kayanya, kalian cek vt yang aku post sebelumnya, ada banyak orang orang mereka, live dalam satu akun ganti gantian #pengemistiktoklite #pengemiselit #mandilumpur #fyp ♬ original sound – acicu

Sebelum ini, video memaparkan wanita berusia di TikTok Live yang akan menyiram badan mereka setiap kali pengguna TikTok memberikan hadiah menarik perhatian pengguna media sosial berkenaan.

Setiap hadiah akan mewakili berapa banyak air yang disiram pada tubuh mereka.

Ada kalanya penstriman video itu dibuat ketika malam.

BACA: 

“Takut nanti awak yang lunyai..”, jawapan padu Sharnaaz Ahmad buat ramai yang setuju

Tujuh cadangan Ahmad Maslan kurangkan hutang RM1.5 Trillion

Dah umur 50 tahun, terkejut tahu keadaan terkini Melissa Saila – “dulu femes cerita cili padi”

CATEGORIES