Demi cinta, gadis ini gadai maruah sampai 3 kali gugurkan kandungan, akhirnya mandul akibat gugur paksa

Oleh AHMAD SULAIMAN

Demi cinta, gadis ini gadai maruah sampai 3 kali gugurkan kandungan, akhirnya mandul akibat gugur paksa

BAK kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

Begitulah dengan situasi yang dilalui seorang gadis ini apabila dia ditinggalkan terkontang-kanting kekasih demi kepentingan diri sendiri.

Demi cinta, gadis ini gadai maruah sampai 3 kali gugurkan kandungan, akhirnya mandul akibat gugur paksa

Kisah gadis tersebut didedahkan seseorang dipercayai rakannya menerusi TikTok sebelum dikongsikan semula oleh pihak lain di Facebook.

Menurut individu berkenaan, rakannya yang merupakan pelajar di sebuah kolej bercinta dengan seorang lelaki sehingga sanggup menggadaikan maruah diri atas alasan sayang dan percaya kekasihnya tidak akan ‘lepas tangan’.

“Dia dah pernah buat that girl gugur sebanyak tiga kali dan that girl dah tak ada peluang langsung untuk mengandung. Tapi disebabkan harapan yang lelaki ni bagi, dia ketepikan semua tu dan percaya ‘oh lelaki ini akan stay dengan aku’.

“Nak tahu sejak bila semua ni berubah? Sejak lelaki itu berfikir tentang masa depan dia sendiri. Dia tak nak hidup dengan perempuan yang dah mandul. Janji yang dia tabur semua dia ketepikan sebab masa depan dia,” cerita individu berkenaan.

Meskipun pernah dicurangi dan dilayan dengan kasar, namun cerita individu berkenaan, rakannya tetap setia dengan lelaki tersebut.

“Sampai satu tahap yang paling ekstrem, famili gadis itu tahu apa yang mereka buat. Dia kena macam-macam tohmahan keluarga sendiri. Lelaki tu? Hidup aman tanpa kena apa-apa.

“Dia siap minta nombor ahli keluarga gadis tu untuk block dekat phone mak dia. Sebab dia nak selamatkan diri dulu.

gadis

“Gadis tu sanggup berjanji dengan keluarga dia yang lelaki inilah juga akan kahwin dengan dia dan dah rancang nak bertunang. Keluarga gadis tu pun terima lelaki yang dah rosakkan anak perempuan mereka sebab rasa lelaki tu akan bertanggungjawab.

“Tapi akhirnya, gadis itu kena tinggal dengan alasan masa depan. Hebat kan? Hebat dalam menabur janji. Let me expose you,” kongsinya lagi sambil mendedahkan nama lelaki yang ‘merosakkan’ rakannya.

komen mandul

Untuk perempuan, jangan jadi bodoh. Sebelum nak sayang orang, sayang diri sendiri dulu.
NETIZEN
Perkongsian individu tersebut ternyata mengundang perhatian warga maya yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa rakannya.

Walau bagaimanapun dalam satu akaun TikTok berasingan, seorang individu tampil mengakui dia adalah gadis yang dimaksudkan dan menjelaskan beberapa perkara yang dianggap tidak tepat.

Malah dia turut meminta warga maya berhenti memburukkan dan ‘menyiasat’ bekas kekasihnya kerana apa yang berlaku merupakan kesalahan dia dan lelaki tersebut.

“Dia tak tinggalkan saya demi masa depan dia saja tapi dia minta saya lepaskan dia untuk masa depan kami berdua. Untuk cari kebenaran dalam hidup, kembali ke jalan yang benar,” ujarnya.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap kisah gadis berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen di Facebook, rata-rata warga maya menyifatkan kisah gadis tersebut wajar dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kaum Hawa agar tidak sewenang-wenangnya menggadaikan maruah diri.

“Untuk perempuan, jangan jadi bodoh. Sebelum nak sayang orang, sayang diri sendiri dulu. Biarlah orang nak kata sombong, janji tak rosakan diri.

“Bercinta sebab nafsu beginilah jadinya.

“Jadi perempuan biar cerdik dan licik. Jangan jadi bebal… bila bebal, inilah akibat yang kau kena hadap dan tanggung seumur hidup keturunan kau,” demikian komen netizen.

BACA: Berang Didie Alias buka aib? Enot akhirnya buka mulut beri penjelasan