Jika anda mengalami simptom seperti demam tinggi, mata terasa panas, sakit kepala, sakit badan, serta kadang-kadang loya atau muntah, besar kemungkinan anda sedang mengalami demam viral.
Demam viral adalah jangkitan biasa yang sering menyerang kanak-kanak dan warga emas kerana imuniti mereka yang lebih lemah.
Keadaan ini boleh menyebabkan badan menjadi lesu, terutamanya jika demam berlarutan.
Selain mendapatkan rawatan di klinik, terdapat langkah-langkah di rumah yang boleh membantu meredakan simptom ini.
Menerusi perkongsian di Facebook oleh seorang individu bernama @Tokjanggut, beliau memberikan petua tradisional berdasarkan pengalamannya sendiri.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Garam kasar (anggaran mencukupi untuk merendam kedua-dua kaki)
Tiga genggam lada hitam
Tujuh atau sembilan biji limau nipis
Cara Penyediaan Penawar Demam Viral:
Campurkan garam kasar dan lada hitam dalam sebuah besen kecil.
Potong dan perah limau nipis ke dalam campuran tersebut. Masukkan juga potongan limau nipis (tanpa menambah air).
Rendam kaki ke dalam campuran tadi dan gesel-geselkan sehingga garam kasar hancur serta sebati dengan air perahan limau.
Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali dan Ayat Kursi sebanyak sembilan atau 11 kali semasa melakukan proses ini.
Menurut @Tokjanggut, kaedah ini telah menunjukkan perubahan positif pada malam ketiga.
Selain itu, beliau mencadangkan untuk minum air kelapa muda tanpa gula dan ais selama tiga hari berturut-turut (dua hingga tiga biji sehari).
“Alhamdulillah, malam ketiga banyak dah rasa perubahan. Apa pun niatlah pada Allah yang Maha Penyembuh,” katanya.
Nota:
Langkah-langkah ini adalah usaha tambahan untuk meredakan simptom demam viral.
Jika keadaan semakin serius atau tidak menunjukkan perubahan, segeralah mendapatkan rawatan perubatan.
BACA: Ini 7 tip travel DIY, tiba masa anda belajar melancong sendiri, takut di tipu agensi pelancongan