‘Degree ilmu bocah apa, degree itu kita beli’ DMA Islam dikecam bawa pandangan merosakkan anak bangsa

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Dalam satu podcast baru-baru ini, seorang influencer terkenal menerima kecaman hebat daripada netizen kerana membandingkan ijazah dengan ilmu bocah.

Kenyataan dan hujah influencer tersebut dianggap boleh merosakkan pemikiran generasi muda, terutamanya mereka yang masih di bangku sekolah rendah.

Video tersebut tular dengan cepat dan ditonton oleh pelbagai lapisan umur, menyebabkan pandangan influencer ini menjadi perhatian umum.

Influencer yang mempunyai ramai pengikut ini sering menimbulkan kontroversi dengan pandangannya, dan kali ini dia dianggap telah melampaui batas.

Influencer itu menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah kerana ia tidak selari dengan matlamat hidupnya.

'Degree ilmu bocah apa, degree itu kita beli' DMA Islam dikecam bawa pandangan merosakkan anak bangsa

Dia juga mengingatkan bahawa universiti tempat dia belajar, UniSZA, sepatutnya berhutang budi kepadanya, bukan sebaliknya.

Dia berkata: “Aku tak nak sambung ijazah sebenarnya, dan nak berhenti. Sebab ia tiada kaitan dengan matlamat hidup aku. Aku tak nak kerja dengan orang.”

Ketika ditanya tentang tujuan ijazah dalam menuntut ilmu, influencer itu menjawab: “Ilmu bocah apa, ijazah tu kan kita beli. Ianya mahal, duit. Kalau nak ilmu, kat tempat lain pun boleh dapat ilmu.

Orang yang ambil ijazah bukan sebab nak ilmu tapi sebab nakkan pekerjaan. Dan kita kena bayar sendiri. Jadi UniSZA terhutang budi dengan aku, bukan aku terhutang budi dengan UniSZA. Saya bagi kamu duit, kamu beri saya ijazah.

Itu dipanggil jual beli. Kalau aku beli donat daripada kau, adakah kau baik kerana beri aku donat?

Tidak! Sebab itu jual beli, kecuali kau beri aku donat itu percuma.”

Influencer tersebut juga menganggap bahawa mereka yang mengambil ijazah adalah mereka yang memilih untuk menjadi nerd dan mahu bekerja dalam profesion seperti doktor.

Ramai yang tampil mengkritik pandangan influencer tersebut, menganggap bahawa pendapatnya boleh meracuni fikiran remaja lain.

Netizen juga melihat pandangan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap institusi pendidikan negara.

BACA: Dikatakan sudah jadi isteri ketiga pendakwah terkenal,ini penjelasan bekas Isteri Engku Emran