Deepavali: KPM umum cuti tambahan 2 hari kepada sekolah

Deepavali KPM umum cuti tambahan 2 hari kepada sekolah

Deepavali: KPM umum cuti tambahan 2 hari kepada sekolah. Bersempena cuti perayaan Deepavali yang akan disambut 24 Oktober ini, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperuntukkan cuti tambahan selama dua hari kepada sekolah-sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Bagi kategori Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Manakala kategori Kumpulan B pula ialah sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tarikh penting cuti Deepavali berserta dua hari cuti tambahan yang diberikan, Sinar Bestari kongsikan sebagai panduan bersama.

Cuti Deepavali

Deepavali KPM umum cuti tambahan 2 hari kepada sekolah

  • 22 Oktober 2022 (Sabtu)
  • 23 Oktober 2022 (Ahad) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
  • 24 Oktober 2022 (Isnin) – Cuti Deepavali
  • 25 Oktober 2022 (Selasa) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A dan B)
  • 26 Oktober 2022 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B)

Akhir sekali, Sinar Bestari menasihatkan kepada ibu bapa, guru dan pelajar yang ingin pulang ke kampung atau bercuti dapat merancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

BACA:

Perkongsian wanita jelajah Eropah DIY selama 3 minggu raih perhatian, siap kongsi tips

Aksi Jebat cabut taugeh jadi perhatian, netizen puji ‘multitask betul!’

Fuad Rahmad kenang detik hitam, ‘enam kali disebat dalam penjara, terpaksa tidur meniarap seminggu’

CATEGORIES