Dedah segera apa strategi kerajaan untuk tangani Covid-19, desak Anwar

Dedah segera apa strategi kerajaan untuk tangani Covid-19, desak Anwar

Saya mendoakan kesembuhan buat Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan Datuk Rina Mohd Harun dan lain-lain yang telah dijangkiti COVID-19.

Jangkaan yang dilakukan Kementerian Kesihatan yang Malaysia akan berhadapan dengan kemungkinan 8000 kes harian sangat membimbangkan. Saya menggesa setiap kita untuk patuhi SOP setiap masa bagi melindungi diri kita, keluarga, rakan sejawat dan teman-teman dari penyebaran wabak ini.

Adalah sangat penting bagi memainkan peranan kita tanpa mengira kedudukan, ras, agama atau parti politik. Apa yang terutama adalah para pemimpin politik mesti tingkatkan disiplin dan keprihatinan kepada rakyat yang tidak menerima sebarang layanan istimewa ketimbang mereka yang berada di dalam kerajaan.

Kerajaan harus segera mendedahkan apa rencana mereka dan juga strategi bagi membendung penularan wabak ini tatkala sistem kesihatan sudah semakin tenat, serta rancangan bagaimana ekonomi kita harus terus bergerak saat ini.

Saya mengulangi penghargaan saya kepada para petugas barisan hadapan yang komited menjalankan tugas meski terus terdedah kepada wabak ini. Pengorbanan mereka pada negara dan rakyat tidak kecil nilainya, dan wajar disanjungi.

ANWAR IBRAHIM

Sumber :

COMMENTS