Debat isu TH : Mujahid bersedia, Azeez masih menyepi

Debat isu TH : Mujahid bersedia, Azeez masih menyepi

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof masih menunggu respons bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai cabaran berdebat mengenai isu-isu berkaitan Tabung Haji.

Mujahid yang juga merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) itu meminta Abdul Azeez untuk berhubung segera dengan pihak Sinar Harian yang dipilih sebagai platform program berkenaan.

“Saya masih menanti Mantan Pengerusi TH DS Azeez Rahim untuk menerima cabaran debat saya dengan @sinarharianSH sebagai platform.

“Saya harap DS Azeez Rahim segera berhubung dengan Sinar untuk jawapan yang jelas dan jangan berlengah-lengah,” ciap Mujahid di Twitternya malam tadi.

Sebelum ini, Abdul Azeez mencadangkan debat tersebut diberi tajuk ‘Tabung Haji: Di Mana Silapnya?’ diadakan pada 28 Julai lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Abdul Azeez turut menyarankan Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional, Ayatullah Helme Mohd Hanafi dipilih menjadi moderator untuk perdebatan mereka pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Parit Buntar itu menolak cadangan Abdul Azeez dan mahu debat antara mereka berlangsung di platform yang disifatkan beliau lebih bebas seperti Sinar Harian.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/95089/BERITA/Nasional/Debat-TH-Mujahid-ulangi-cabaran-tunggu-respons-Azeez

COMMENTS