Daun pisang cepat layu? Ikut cara ni, boleh tahan lama

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Bagi mereka yang berniaga menggunakan daun pisang pastinya rungsing memikirkan bagiamana mahu mengekalkan kesegaran dalam jangka masa lama.

Tambah dalam keadaan sekarang, semua benda boleh dipelajari di media sosial maka ramai berjinak nak berniaga.

Kalau jenis yang suka guna daun pisang untuk masakan,

Boleh cuba tip dikongsi pengguna Facebook, Cahaya RieQal di halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Tip simpan daun pisang

Daun pisang cepat layu? Ikut cara ni, boleh tahan lama
Bagi mereka yang jenis suka ambil daun pisang banyak dan simpan dalam peti ais, boleh cuba tip ini.

Ramai merungut simpan kejap sahaja dalam peti dah bertukar warna daun sampailah terjumpa tip ini.

“Dapat daun pisang banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ini supaya tahan lama. Boleh tahan sampai dua bulan daun ini. Kekal hijau dan segar.”

Cara-cara:

Ikat getah daun pisang setiap 4 atau 5 helai.

Rendam dalam air selama 30 minit.

Kemudian toskan atau sejat air sekejap.

Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Lepas ini para peniaga yang baru berjinak boleh mencuba tip ini, senang dan mudah sahaja untuk simpan, tahan lama pula tu.

Baca juga‘Tak sampai 2 tahun kahwin, suami nak kahwin lagi dengan kawan sekolah lama, saya siasat..’