Datuk Yusof Haslam dituduh curang dengan wanita lain, Datin Patimah bawa diri sebulan

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Datuk Yusof Haslam, seorang pengarah terkenal, telah berkongsi kisah peribadi yang melanda dirinya dan isterinya, Datin Patimah Ismail, suatu ketika dahulu.

Menganggap krisis tersebut sebagai ujian dalam rumah tangga yang dibina bersama Datin Patimah,

Yusof Haslam mendedahkan bahawa dia pernah difitnah melakukan perbuatan tidak setia dengan wanita lain.

Menurut laporan Berita Harian, angkara salah faham itu, isteri pengarah itu dikatakan menghilangkan diri selama sebulan kerana merajuk dan jauh hati.

Peristiwa ini menyebabkan dia merajuk dan mengambil keputusan untuk menarik diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah untuk mendalami ilmu agama.

Datuk Yusof Haslam dituduh curang dengan wanita lain, Datin Patimah bawa diri sebulan

“Hampir sebulan isteri saya menghilangkan diri dan saya jadi buntu dan tak tahu di mana dia berada. Anak-anak pula masih bersekolah. Secara kebetulan, kami baru sahaja pindah ke banglo ini.”

Namun, Datuk Yusof Haslam tetap bersemangat untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina dan meminta bantuan bapa mentuanya untuk menjejaki keberadaan Patimah.

Pada awalnya, isterinya masih kekal keras hati. Namun, Alhamdulillah, selepas saya meyakinkannya dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya, termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika mahu rezeki sentiasa melimpah.

“Jujurnya, proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan isteri saya kerana sudah tentu dalam bidang hiburan terdedah dengan pelbagai gosip. Saya pula selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya.”

Difahamkan, Datuk Yusof Haslam berkongsi pengalaman itu semasa meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-41 baru-baru ini.

BACA: “Kami sibuk urus keluarga masing-masing, tak hirau dengan kehendak ayah setiap kali musim haji tiba,akhirnya ayah pergi tanpa sempat tunaikan haji”