Nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan keluarganya menjadi perhatian ramai apabila memilih untuk menginap di sebuah hotel mewah di Dubai, iaitu Atlantis The Royal.
Baru-baru ini, seorang pengguna platform X mendedahkan lokasi penginapan Siti Nurhaliza dan keluarganya ketika bercuti di Dubai.
Hotel tersebut dikenali sebagai salah satu penginapan paling mewah di negara itu.
Menurut individu tersebut, kos satu malam di Atlantis The Royal dianggarkan sekitar RM6,000 untuk bilik biasa, manakala villa eksklusif bermula pada harga RM30,000 semalam.
Lebih menarik, hotel ini pernah menjemput penyanyi antarabangsa terkenal, Beyoncé, untuk mengadakan konsert peribadi dengan bayaran sebanyak $24 juta.
Netizen Tidak Terkejut
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak terkejut dengan harga tersebut, memandangkan Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi dan usahawan yang berjaya. Kemampuannya untuk mengeluarkan jumlah wang sedemikian dianggap setara dengan pencapaiannya.
Antara komen netizen:
Nohhh! @CTNurhaliza11 bercuti dekat Atlantis the royal yang bilik dia paling murah RM6K per night dan villa dia cuma RM30K jeeee! Hahaha.
Hotel ni yang jemput Beyonce untuk buat private concert dan dia dibayar $24M menjadikannya the highest-paying private concert in history. pic.twitter.com/9Gz3JaXFfF
— Januar Haikal (@Januarhaikal) December 21, 2024
“Dia menyanyi tiga lagu pun dah boleh dapat jumlah tu. Tak hairan pun.”
“Tokti memang masih relevan dalam industri muzik, dengan jadual persembahan yang padat.
Tambahan pula, suaminya seorang usahawan kaya. Jumlah itu seperti RM250 sahaja baginya.”
“Okaylah, Tokti memang kaya. Tiada apa yang perlu dihairankan.”
Penginapan ini sekali lagi membuktikan kedudukan Siti Nurhaliza sebagai ikon seni dan keusahawanan yang terus berjaya di peringkat antarabangsa.
BACA: Ahli parlimen DAP bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta asal Kelantan