Datuk Red bawa cincin untuk Adira rupanya gimik!

Oleh DAHLIA MARZUKI

Penyanyi Adira Suhaimi menafikan dakwaan bahawa dia mempermainkan isu rumah tangganya bersama bekas suami, usahawan yang kini dikenali sebagai Abang Red.

“Mulut orang saya tak boleh tutup, siapa yang tahu, tahu sahajalah.

Tapi kalau ada yang kata saya mempermainkan isu perkahwinan, cerai dan sebagainya, semua orang pun tahu bahawa perkara itu tidak boleh dibawa main.

“Jadi apa yang berlaku itu adalah jalan dan proses yang perlu saya lalui, tak perlu semua orang faham kenapa, tak perlu orang tahu sebabnya.

“Cukuplah hanya saya dan Abang Red serta keluarga terdekat yang tahu,” katanya.

Datuk Red bawa cincin untuk Adira rupanya gimik!

Cincin hanya gimik

“Babak cincin diberikan semasa acara berlangsung bukanlah niat untuk mempermainkan sesiapa, tetapi itu adalah sebahagian daripada acara untuk menjayakan majlis tersebut.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana Abang Red pun memberikan komitmen penuh. Saya sangat menghargai kesediaannya untuk membantu.

“Cincin itu bukanlah tanda untuk berkahwin semula, tidak. Tiada niat untuk mempermainkan apa-apa, sebaliknya ia hanyalah sebahagian daripada acara majlis.

“Ia bertujuan untuk mencantikkan dan menyempurnakan lagi majlis itu,” jelasnya.

Sebelum ini, gimik Abang Red yang membawa cincin kepada Adira semasa majlis pelancaran Siti Adira Miragold Collection telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang menyukai gimik tersebut, namun ada juga yang tidak selesa dengan kemesraan bekas suami isteri itu.

Malah, ada netizen yang mendakwa Adira dan Abang Red seolah-olah mempermainkan isu rumah tangga.

BACA: Patutlah lama kena sidai, rupanya ramai tak berhenti atas petak sensor traffic light