Dato Awie tiba-tiba mengamok nak tampar orang, apa cerita pula ni?.Penyanyi rock legenda, Dato’ Awie meluahkan rasa berang dengan pelakon Melayu yang melakonkan babak kontroversi dalam filem Mentega Terbang.
Menerusi satu hantaran di Facebook, vokalis utama kumpulan Wings ini berkata mahu menampar pelakon yang sanggup membawa watak dalam filem yang mencetuskan kegusaran ramai itu.
Perkongsian itu meraih perhatian ramai sehingga mendapat lebih 11,000 tanda suka dan 1,000 komen selepas satu jam dimuat naik.
Netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan pelakon yang didakwa sanggup menggadaikan maruah agama dengan alasan berkarya.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti secara keseluruhan kandungan filem ‘panas’ terbabit.
Katanya, hasil penelitian daripada pihak JAKIM mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.
BACA:
Ingat dah cukup jumlah rupanya belum, Manchester United kena ‘kekah’ dengan Liverpool
Tular video seorang bapa bekerja sambil dukung anak, rupa-rupanya isteri dia dah..