‘Data rakyat dah tak selamat’, menteri komunikasi sahkan maklumat terkini ini

‘Data rakyat dah tak selamat’, menteri komunikasi sahkan maklumat terkini ini

‘Data rakyat dah tak selamat’, menteri komunikasi sahkan maklumat terkini ini. Maklumat nombor akaun Maybank yang bocor dan dipaparkan dalam sebuah laman sesawang didapati tidak sah atau tidak wujud serta tidak boleh dilakukan sebarang transaksi.

Hasil siasatan awal susulan kebocoran maklumat peribadi didakwa membabitkan 13 juta pengguna di jaringan gelap atau ‘dark web’ itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati potensi data yang didakwa bocor itu adalah merujuk kepada satu insiden kebocoran yang berlaku pada tahun 2018.

“Bagaimanapun, pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan adalah diperlukan untuk tujuan siasatan terperinci di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

“Sementara, siasatan mengenai kebocoran data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laman sesawang berkenaan akan diserahkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk tindakan selanjutnya memandangkan ia adalah di luar bidang kuasa Akta 709,” katanya dalam kenyataan hari ini.

'Data rakyat dah tak selamat', menteri komunikasi sahkan maklumat terkini ini

Media sebelum ini melaporkan CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) diarah menyiasat dakwaan berlaku kebocoran baharu maklumat peribadi membabitkan 13 juta pengguna di ‘dark web’ yang dikatakan membabitkan pengguna Astro, Maybank dan SPR.

Arahan itu dibuat Fahmi susulan tular satu hantaran di Twitter yang memuat naik beberapa tangkap layar jaringan gelap, menunjukkan senarai ratusan daripada 13 juta maklumat individu yang didakwa diperoleh daripada SPR, Maybank dan Astro.

Tangkap layar itu menunjukkan senarai berkenaan membabitkan nama penuh, alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan pengguna dari pelbagai negeri.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, notis sekatan turut dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan menghalang orang awam mengakses laman sesawang berkenaan.

“Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui JPDP dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia sedang mendapatkan maklum balas daripada Maybank dan Astro berhubung dakwaan kebocoran data bagi memastikan kesahihan pemilikan data.

“KKD memandang serius dakwaan kebocoran data yang dibuat sebuah laman sesawang pada 25 Disember 2022 yang lalu,” katanya.

BACA JUGA :

Kecoh novel lucah dibaca ramaja Malaysia, ini pesanan padu Ustazah Asma

Pengunjung teruja cuba aplikasi ‘find my vehicle’ di shopping mall

Terkejut tahu kos sebenar ayam dan telur

CATEGORIES