Dasuki kena kecam berjemaah di facebooknya sendiri

Dasuki kena kecam berjemaah di facebooknya sendiri

Satu hantaran dalam facebook Ahmad Dusuki Abd Rani atau lebih dikenali sebagai ustaz azab kubur berkenaan ulasan Yb Syed Saddiq berhubung isu ketidakadilan perlaksanaan hukuman terhadap menteri dan rakyat, kembali menjadi bahan kecaman netizen terhadapnya, hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Dusuki cuba mengulas mengenai isu dosa pahala lantaran Syed Saddiq membayangkan jika Pas melaksanakan hukum hudud, akan berlaku ketidakadilan dari segi perlaksanaan hukuman dengan menyebut, kalau hudud dilaksanakan oleh Pas, rakyat mencuri akan dipotong tangan manakala menteri mencuri mungkin dipotong kuku jari, sebagai respon terhadap tindakan walaun Pas yang gigih mempertahankan Khairuddin yang melanggar perintah kuarantin dan hanya dikenakan denda RM 1000, berbanding kesalahan sama yang dilakukan oleh rakyat dikenakan hukuman penjara dan denda melebihi RM 10, 000.

Tulisan Dusuki yang cuba menghasut netizen supaya mengecam Syed Saddiq, kembali menjadi senjata makan tuan apabila netizen kembali menghentam Dusuki yang didakwa bersikap berat sebelah dalam isu Khairuddin.

Tinjauan mendapati daripada tiga ribu lebih komen di hantaran tersebut, hampir 90 peratus adalah berbaur kecaman kepada Dusuki atas sikap berat sebelah ustaz tersebut dalam hal hukuman bagi kesalahan langgar perintah kuarantin.

Antara komen-komen netizen :-

Sulaihan Bin Jalal : ko klu bercakap memfitnah tak ingat Allah plak? Dosa pahala ada kau pedulik?..alahaii bagai meludah ke langit..

Faeez Azahar : Budak pasti pun faham maksud Syed Sadiq ni. Adoi

Ubaidillah Harith Shahrin : Kau nasihat dulu pembodoh² umat dalam PAS tu sentiasa ingat dosa pahala. Mcm luahkan sampah je pimpinan PAS nak cakap pasal agama..poorah!

Nour El Syams : Sungguh tak malu Tuan Dusuki ini, tidak jijikkah dengan perangai hodoh tuan yang cuba disembunyikan disebalik jubah dan serban??? Kalaupun tak malu dengan manusia, jangan sampai hilang malu dengan Allah tuan!!!

Begitulah nasib lebai malang, sudah jatuh ditimpa tangga tersembam muka atas tompok tahi lembu pula

Sumber :