Dasar Pas sukarkan Gerakan raih sokongan bukan Islam – Pemimpin Gerakan

Oleh INFORAKYAT

Dasar Pas sukarkan Gerakan raih sokongan bukan Islam – Pemimpin Gerakan

Gerakan mengakui dasar PAS di negeri ditadbirnya membimbangkan orang bukan Islam yang diburukkan lagi dengan persepsi dicipta lawan menjelang PRN.

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong, berkata perkara itu sedikit-sebanyak menyukarkannya meraih sokongan pengundi segmen berkenaan terutama di Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) diketuai DAP sejak 2008.

Dasar Pas sukarkan Gerakan raih sokongan bukan Islam - Pemimpin Gerakan

Oh menegaskan walaupun negeri ditadbir PAS menerapkan ciri keislaman, ia tidak bermakna hak bukan Islam dinafikan.

“Penjelasan perlu disampaikan kepada masyarakat bukan Melayu untuk menerima PAS, lebih-lebih lagi dasar di negeri ditadbirnya sedikit-sebanyak membimbangkan masyarakat bukan Islam.

“Perikatan Nasional (PN) perlu menyelaraskan strategi kempen supaya dapat menjaga perasaan semua masyarakat,” kata Oh yang juga ketua Gerakan Pulau Pinang kepada FMT baru-baru ini.

Oh bagaimanapun tidak menjelaskan dasar PAS di Kelantan, Kedah, dan Terengganu yang menjadi kebimbangan pengundi bukan Islam.

Kenyataan Oh itu dikeluarkan sebelum kekecohan di Kelantan apabila seorang wanita bukan Islam didenda Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana “berpakaian tidak sopan”, iaitu berseluar pendek di tempat awam, kelmarin.

Menurut New Straits Times, Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin berkata wanita berusia 35 tahun itu melakukan kesalahan mengikut 34(2)(b) Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 2019, yang menyatakan pemilik perniagaan bukan Islam dan pekerja bukan Islam mereka perlu “berpakaian sopan”.

Di sebalik cabaran itu juga, Oh tetap yakin PN mampu meraih sokongan bukan Islam dan Melayu di Pulau Pinang dengan memainkan isu tempatan serta kegagalan PH menunaikan janjinya sejak mentadbir 15 tahun lalu.

“Masalah kesesakan jalan raya, banjir, bekalan air bersih dan perumahan kos rendah telah mengecewakan rakyat.

“Mungkin kita boleh dapat sokongan daripada mereka yang hilang kepercayaan terhadap DAP dan PH,” katanya.

BACA:

Gelap mata dikaburi dengan gaji yang lumayan, pasangan suami isteri rupanya dijual kawan sendiri direkrut jadi scammer