Darurat bukti lemahnya kerajaan Muhyiddin – Mujahid

Darurat bukti lemahnya kerajaan Muhyiddin – Mujahid

Kuasa proklomasi darurat atas perkara 150 perlembagaan telah digunapakai untuk mengatasi peningkatan mendadak covid 19.

Kuasa proklomasi YDPA pastinya dibuat dengan penuh hikmah atas kepentingan negara dan keselamatan rakyat.

Hikmah ini juga menggambarkan betapa lemahnya kerajaan TSMY kerana terpaksa bergantung kepada perkara 150 demi melindungi kegagalannya.

Berbagai akta baru dipinda di parlimen atas sokongan semua ahli parlimen untuk perkukuhkan penguatkuasaan SOP. Apakah TSMY gagal gunakan peruntukan eksekutifnya ataukah kabinetnya terlalu lemah sehingga pandemik gagal dikawal secara kuasa yang ada pada sesebuah kerajaan?

Ataukah fokus TSMY dan kabinetnya telah terpesong dari mentadbir negara dan hanya tertumpu kepada memikirkan hakisan sokongan majoriti yang semakin ketara. Apakah darurat sebagai peluang padanya mengekalkan kuasa tanpa majoriti?

Jikalau TSMY menegaskan bahawa dalam keadaan darurat ini, keadaan berjalan seperti biasa dari segi aktiviti rakyat dan kabinet serta pentadbiran berfungsi sediakala, hanya DUN dan Parlimen digantung, bukankah ini menimbulkan persoalan tentang kegagalan TSMY untuk bertanggungjawab di hadapan legaslatif? Apakah TSMY enggan berhadapan dengan realiti hilang majoriti di parlimen yang menghantuinya?

Apapun persoalannya, semoga negara kita selamat bukan sahaja dari pandemik global tetapi juga terselamat dari pandemik politik belot yang asasnya sangat fobia untuk mengabsahkan majoriti yang semakin hari hilang dari genggamannya.

Selamat Berdarurat!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar P057

Sumber :

COMMENTS