Daroyah keluar parti satu perbuatan khianat dan jijik – Naib Ketua AMK

Daroyah keluar parti satu perbuatan khianat dan jijik – Naib Ketua AMK

Tindakan Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi keluar daripada parti dianggap perbuatan mengkhianati mandat rakyat.

Ini kerana beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sebenarnya bertanding atas tiket PKR pada PRU-14 lalu.

Bagaimanapun, kini dengan statusnya dalam DUN Selangor kini adalah sebagai wakil rakyat bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN), ia sesuatu yang tidak boleh diterima.

Itu pendapat Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Thiban Subbramaniam.

Menurutnya, Daroyah bertanding atas tiket PKR tetapi kemudiannya membelakangi parti, presiden dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat sesuatu yang langsung tidak boleh diterima.

“Bukan sahaja AMK sebaliknya hari ini ahli-ahli Cabang Keadilan PKR Kapar juga mengecam perbuatan beliau bersama-sama yang lain-lain.

“Kita bukan sahaja kutuk, kecam malah rasa jijik. Inilah bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya kepimpinan tertinggi juga sedia maklum dengan perbuatan membelakangi parti dan bersekongkol dengan ‘pengkhianat’ lain,” ujarnya.

Malah dakwanya tindakan Daroyah yang bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan sokongan sehingga kesalahannya menyertai Langkah Sheraton dimaafkan telah dilupakan.

“Lupakah Daroyah yang dia telah bertanding dua penggal menggunakan lambang PKR? Anda telah berjanji segala macam kepada pengundi dengan menggunakan nama Presiden PKR. Pengundi buat pilih pangkah kepada lambang PKR, lupakah?

“Sebenarnya Daroyah tidak lebih daripada taksub dengan pengkianat seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin daripada awal lagi. Sudah lama juga beliau melakukan perbuatan membelakangkan parti.

“Jadinya secara adil, jika anda telus dan benar, tolong jangn hanya keluar parti sebaliknya letak jawatan Timbalan Speaker DUN dan juga jawatan ADUN. Jangan sekadar acah-acah. Rakyat juga memerhati perbuatan khianat kamu,” katanya.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/06/13/daroyah-pengkhianat-tolong-letak-jawatan/

COMMENTS