Daroyah jangan khianat, jujurlah pada diri sendiri – Saari Sungib

Daroyah jangan khianat, jujurlah pada diri sendiri – Saari Sungib

Kenyataan media Adun Hulu Kelang terhadap pendirian Adun Wanita Keadilan Selangor dan sokongan Ketua Amanah Gombak terhadap pendirian Wanita Keadilan Selangor.

Saya menyokong pendirian Wanita Keadilan Selangor untuk terus mengukuhkan Agenda Reformasi dan sekaligus mempertahankan Kerajaan Selangor yang dipilih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-14.

Tindakan YB Dr. Daroyah binti Alwi yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat di saat negara menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi dan kesusahan rakyat akibat wabak Covid-19, adalah satu yang amat dikesali.

Sebagai seorang sahabat saya menarik perhatian agar Yang Berhormat memahami mafhum Surah Al-Anfal, ayat 27:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا۟ أَمَٰنَٰتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati segala yang telah diamanah ke atas kamu sedang kamu mengetahui”.

Perhatikan maksud ayat: wa takhunu amanatikum wa antum ta’lamun – janganlah kamu mengkhianati segala yang telah diamanah ke atas kamu sedang kamu mengetahui.

Berlaku jujurlah kepada diri sendiri sekiranya perbuatan Yang Berhormat tidak menyalahi mana-mana amanah yang telah dipikulkan kepada Yang Berhormat. Ini kerana hanya Allah sahaja Maha Mengetahui dan dengan izin-Nya memberikan setepat-tepat pengetahuan tentang amanah tersebut kepada Yang Berhormat. Kembali ke jalan asal yang tidak khianat akan lebih menarik rahmah Allah.

Saya akan berusaha sekuat daya untuk memastikan Amanah Kawasan Gombak bersama Wanita Amanah Gombak bergerak seiring dengan Wanita Keadilan Selangor untuk terus berjuang membela rakyat bersama semua pemimpin Pakatan Harapan Negeri Selangor.

Saari Sungib
Adun Hulu Kelang
13 Jun 2020

Sumber :

COMMENTS