Dari pembaca berita kini Ketua Pengarah Penyiaran

Dari pembaca berita kini Ketua Pengarah Penyiaran

Dari pembaca berita kini Ketua Pengarah Penyiaran. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada personaliti penyiaran, Suhaimi Sulaiman atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.

Menerusi catatan di Facebooknya, Fahmi berkata, Suhaimi mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.

“Insya-Allah dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia,” kata catatan itu, memetik Berita Harian.

Dari pembaca berita kini Ketua Pengarah Penyiaran

Suhaimi, 61, adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam bidang penyiaran dan kewartawanan termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 dan Pengerusi Bernama pada 2020.

BACA:

Lizzy dedah sesuatu pasal suaminya yang buat ramai geram, “ada perempuan mesej pukul 3 pagi..”

“Takut nanti awak yang lunyai..”, jawapan padu Sharnaaz Ahmad buat ramai yang setuju

Dah umur 50 tahun, terkejut tahu keadaan terkini Melissa Saila – “dulu femes cerita cili padi”

CATEGORIES