Dari negara paling miskin di Asia, ini kisah macam mana Korea Selatan jadi gergasi ekonomi kalahkan Malaysia

Oleh INFORAKYAT

Dari negara paling miskin di Asia, ini kisah macam mana Korea Selatan jadi gergasi ekonomi kalahkan Malaysia.

Korea Selatan merupakan sebuah negara maju, berpendapatan tinggi dan digelar antara 4 harimau ekonomi Asia.

Malahan negara ini juga sangat dikenal dengan kehadiran beberapa taikun-taikun perniagaan yang menggugat pasaran dunia seperti Samsung dan Hyundai.

Dari negara paling miskin di Asia, ini kisah macam mana Korea Selatan jadi gergasi ekonomi kalahkan Malaysia

Industri seni kreatif Korea juga tidak boleh dipandang sepi kerana telah meledak sehingga mendapat perhatian masyarakat dunia. Bayangkan ketika ini, kumpulan pop Korea iaitu Blackpink dan BTS dengan menguasai carta-carta muzik di seluruh dunia.

Blackpink dudududu.
Bahkan K-drama dan K-filem yang suatu ketika dahulu tidak diberikan perhatian mula menjadi kegemaran penonton dengan jalan cerita yang menarik.

Kesemua ini telah memberikan keuntungan yang begitu banyak apabila BTS menyumbang AS$4.65 bilion kepada KDNK Korea Selatan.

Baca lebih lanjut mengenai ekonomi Korea dan BTS di sini

Namun begitu tahukah anda bahawasanya sebelum mencapai ini semua, Korea Selatan merupakan sebuah negara miskin. Bagaimana pula mereka boleh bangkit menjadi negara kaya sehingga digelar sebagai harimau ekonomi Asia? Ayuh soroti artikel ini.

Selepas berakhir sahaja Perang Korea pada Julai 1953, Korea Selatan adalah salah satu negara termiskin di dunia dengan KDNK per kapita sebanyak $791 sahaja.

Kesan daripada perang tersebut hampir meranapkan ekonomi Korea Selatan apabila terlalu banyak bangunan yang hancur hingga menyebabkan hampir 1 juta orang awam terbunuh.

Jadi Korea perlukan masa yang begitu panjang untuk bangkit setelah dilanda kebinasaan.

Park Chung-hee
Rakyat Korea Selatan pada hari ini harus berterima kasih kepada bekas presiden Park Chung-hee yang telah berjaya membawa negara itu keluar daripada lembah kemiskinan.

Ketika Park berkuasa bermula tahun 1961, KDNK per kapita bagi Korea Selatan adalah $94 iaitu lebih sedikit berbanding jiran mereka iaitu Korea Utara.

Bagi mengeluarkan negaranya dari lembah kemiskinan, Park telah bertindak menggagaskan satu pelan ekonomi berorientasikan eksport dengan memaksa chaebol untuk bekerjasama.

Buat pengetahun anda semua, chaebol merupakan sebuah syarikat warisan keluarga yang masih wujud hingga hari ini dan mereka banyak menguasai sektor-sektor ekonomi di Korea Selatan.

Antara syarikat warisan keluarga tersebut adalah seperti Hyundai dan LG.

Pada asalnya syarikat-syarikat chaebol ini hanyalah menjual barangan keperluan seperti gula, plastik dan beras.

Melalui kerjasama ini, Park telah memberikan pinjaman konsesi, subsidi dan pemotongan cukai kepada chaebol untuk menerokai cabang perniagaan baru.

Hal itu dapat lihat melalui pentadbiran Park yang membiayai Chaebol untuk untuk beralih kepada industri berat dan kimia.

Bermula dari detik itu, Samsung telah menubuhkan Korea Fertilizer pada tahun1967. Manakala Hyundai pula membina jalan raya pertama Korea Selatan bagi menghubungkan Seoul dan Busan pada akhir 1960-an.

Bukan itu sahaja, Chaebol juga berkolaborasi dengan syarikat-syarikat daripada Amerika Syarikat dan Jepun bagi memudahkan perpindahan teknologi.

Samsung misalnya telah berunding dengan Sharp dan Micron untuk menerokai perniagaan berasaskan barangan elektrik.

Hyundai pula pada asalnya membangunkan sebuah kilang untuk kerja-kerja pemasangan kereta berjenama Ford sebelum syarikat itu berjaya mengeluarkan jenamanya sendiri.

BACA:

Bukan sekadar tempat pemegang dalam kereta, tak sangka ada fungsi lain yang ramai tak tahu

Makan je terus dapat kanser, taiwan jumpa bahan terlarang dalam Mi Segera Indomie?

“3 tahun sorok, kantoi ayah nikah lain, depan ibu ayah ceraikan rupanya dalam diam ibu buat onar di belakang”