Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang bersemangat untuk memasak tetapi tiba-tiba dapur gas meragam dan api tidak menyala?
Tentunya keadaan sebegini boleh merosakkan mood anda! Anda mungkin terfikir untuk membeli dapur baharu.
Namun, jangan terburu-buru. Sebaiknya, periksa dahulu untuk mengelakkan pembaziran wang untuk sesuatu yang mungkin tidak perlu dibeli.
Mari kita ikuti perkongsian Zulkefley Abu Bakar di laman Facebook mengenai punca masalah ini. Rupanya, ramai yang terlepas pandang!
Petua untuk menyelesaikan masalah dapur gas.
Dapur gas jenis kaca biasanya dilengkapi dengan pemetik api yang dikuasakan oleh sel kering atau bateri.
Pemetik api ini berfungsi untuk menyalakan dapur gas apabila dipulas.
Namun, selepas beberapa tahun digunakan, bateri pemetik api tersebut mungkin akan habis dan perlu ditukar.
Slot bateri untuk pemetik api terletak di bahagian bawah dapur gas. Sila rujuk gambar di atas.
Cukup dengan menukar bateri yang baru, pemetik api akan kembali berfungsi seperti biasa. Masalah diselesaikan!