DAP kuasai PH hanya mitos ciptaan UMNO

DAP kuasai PH hanya mitos ciptaan UMNO

Mitos DAP menguasai Pakatan Harapan adalah ciptaan Umno setelah kalah kepada PH dalam PRU 2018.

Sekarang mitos ini digembar-gemburkan pula oleh pengkhianat PH yang bersekongkol dengan Umno dan Pas.

Mereka ini menang atas tiket PH, yang termasuk DAP, tetapi kerana gilakan kuasa dan dendam kesumat, sanggup berpakat dengan musuh.

Bacul dan hinalah orang Melayu yang ramai bilangannya tetapi percaya bahawa DAP lebih berkuasa daripada mereka.

Apakah Melayu yang berjaya menyelamatkan Raja-raja mereka daripada tipu helah penjajah Inggeris, menentang Malayan Union dan memperjuangkan kemerdekaan boleh diperintah dengan begitu mudah oleh DAP?

Melayu yang percaya cerita dongeng ini adalah Melayu yang dayus dan mudah diperkotak-katikkan.

Wallahuaklam.Terima kasih.

Sumber:

COMMENTS