Dalang yang hancurkan TH masih bebas, kami pula dipersalahkan – LGE

Dalang yang hancurkan TH masih bebas, kami pula dipersalahkan – LGE

Saya masih teringat pesan Mat Sabu tentang bahaya fitnah dalam Islam, bahawa dosa fitnah lebih besar daripada membunuh. Namun, mereka yang menyokong PAS dan UMNO tetap menyebarkan fitnah bahawa sayalah yang menguasai dan membuat keputusan dalam Tabung Haji sewaktu saya menjadi Menteri Kewangan. Semalam tuduhan jahat yang dilemparkan saban hari kepada saya dan rakan-rakan PH telah terjawab dalam parlimen. (Rujuk gambar lampiran)

Dalang yang menyebabkan Tabung Haji terjerumus dalam kerugian dan segala masalah ini masih bebas. Tetapi kami yang berusaha menyelamatkan Tabung Haji pula dipersalahkan dan difitnah tak henti-henti. Yang pasti ialah, orang-orang itu, yang sering mengeluarkan kenyataan rasis dan seksis kini berada dalam kerajaan sekarang, khususnya apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Batu Kawan di Dewan Rakyat dua hari lepas.

Kesan fitnah ini tidak hilang begitu saja, saya mohon rakan-rakan sebarkan jawapan ini kepada saudara mara dan sahabat handai agar cahaya kebenaran terserlah kembali.

Sumber :