Dalam proses bina, foto bangunan Apple Store pertama di Malaysia jadi tular

Dalam proses bina foto bangunan Apple Store pertama di Malaysia jadi tular

Dalam proses bina, foto bangunan Apple Store pertama di Malaysia jadi tular. Sudah sekian lama peminat Apple tempatan menantikan kehadiran Apple Store di Malaysia. Dengan jumlah pengguna yang besar, tidak hairanlah jika ramai mahukan kedai rasmi Apple sebenar kerana dapat memudahkan pelbagai urusan.

Kini seperti mimpi menjadi realiti setelah tular gambar di media sosial yang didakwa memaparkan kerja-kerja pembinaan kedai rasmi Apple Store pertama di Malaysia yang sedang dijalankan.

Kedai rasmi Apple Store ini bakal dibuka di menara TRX Exchange seperti yang dihebahkan sebelum ini. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, jelas sekali logo Apple berlampu sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.

Ura-ura Apple Store pertama di Malaysia yang bakal dibuka di TRX sudah lama didengari malah dikatakan berlaku penangguhan pembukaan pada tahun lalu ekoran sebab-sebab tertentu. Jika gambar ini sememangnya sahih, ia bermakna Apple Store akan dibuka pada tahun 2023 kelak.

Dalam proses bina foto bangunan Apple Store pertama di Malaysia jadi tular

BACA:

Syed Saddiq ‘rayu’ ganti video lama kepada yang ini

Tak sangka pemain Morocco, Hakimi ada isteri paling cantik di dunia

Makan maggi setiap hari, akhirnya ini yang terjadi kepada lelaki ini

CATEGORIES