Dalam politik, adakalanya perlu berkawan dengan ‘harimau’ – Hasanuddin

Dalam politik, adakalanya perlu berkawan dengan ‘harimau’ – Hasanuddin

Kita juga akui dunia dakwah, dunia pertanian, dunia ekonomi dan yang lain-lainnya punyai cabaran, gaya dan pendekatannya tersendiri.

Apabila kita berasa perlu untuk berkawan dengan harimau demi berhadapan dengan serigala-serigala yang ganas, sesuaikanlah diri kita untuk hidup bersama dengan yang berkuku dan bertaring itu.

Jangan hanya leka pada cantik belangnya sahaja.

Kalau kita berasa boleh mengadap serigala-serigala banyak dan ganas itu secara berseorangan, kita tak perlu berkawan dengan harimau.

Masalahnya, bila kita sedia berjuang dan mengurus sang harimau dan apa yang ada padanya, kita masih membayangkan suasana hidup bersama arnab dan kura-kura yang berlumba penuh kesopanan itu.

Kalau kita hanya berani berkawan dengan sang arnab dan kura-kura sahaja, paling tinggi kita hanya mampu jadi jelmaan sang kancil.

Bala dan badai mungkar di luar sana tidak tertegah tanpa 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐇
atau “𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧𝙞𝙩𝙮”.

Mari mencuba mendidik harimau untuk menerkam serigala-serigala itu dalam tempoh yang sangat terbatas.

Fahamilah serangan gerombolan serigala yang datang dari pelbagai arah dengan lompatan terjahan ganas mereka.

Yang penting kita ikut peraturan dan perlembagaan yang ada.

Sumber:

COMMENTS