Ramai yang mungkin sudah tahu tentang perbezaan masa yang unik yang berlaku di beberapa tempat di luar negara.
Sebagai contoh, waktu malam dan siang di negara kutub utara mempunyai perubahan masa yang tidak sama dengan tempat-tempat lain.
Walau bagaimanapun, sebuah video yang dikongsi oleh pengguna X menunjukkan ‘fenomena aneh’ berlaku di beberapa sempadan tempat di Indonesia.
Waktu Berubah di Jambatan & Bukit
Pertama sekali, lelaki tersebut menunjukkan masa pada telefonnya pada pukul 17.44 (5.44 petang) ketika berada di sempadan antara Kabupaten Manokwari dan Manokwari Selatan, Indonesia.
Apabila dia tiba di satu jambatan, waktu di telefonnya tiba-tiba berubah ke pukul 15.44 (3.44 petang).
Namun, semasa melepasi satu bukit selepas jambatan itu, waktu di telefonnya kembali berubah ke pukul 17.46 (5.46 petang). Jika diperhatikan, perubahan waktu sebanyak 2 jam berlaku di tempat yang agak dekat.
Perubahan Waktu Indonesia Barat & Indonesia Timur
Menurut portal Kompas.com, di Indonesia, terdapat pembahagian tiga zon waktu, iaitu Waktu Indonesia Barat (WIB), Waktu Indonesia Timur (WIT), dan Waktu Indonesia Bahagian Tengah (WITA). Perbezaan waktu antara ketiga-tiga zon tersebut kira-kira 1 hingga 2 jam.
Seperti yang dinyatakan dalam video, pada pukul 17.44 (5.44 petang) ketika lelaki itu berada di wilayah timur, waktu mengikut jam WIT.
Namun, apabila dia sampai di jambatan, waktu berubah ke pukul 15.44 (3.44 petang) kerana tempat tersebut sudah masuk ke wilayah barat dan mengikut jam WIB.
Semasa melalui bukit, jam kembali berubah ke waktu asal iaitu pada pukul 17.46 mengikut waktu timur (WIT). Ini disebabkan tempat di sekitar bukit itu sudah masuk ke wilayah timur Indonesia