Dalam islam kata hukum kahwin dengan sepupu diharuskan tapi kenapa ramai yang kata berbahaya? Ini sebabnya
Baru-baru ini, tular satu ciapan mengenai hukum kahwin antara sepupu sendiri adalah sah dalam Islam.
Kenyataan ini jelasnya telah menimbulkan perdebatan di kalangan netizen, ada yang suka namun kebanyakannya tak suka ekoran membesar bersama sepupu daripada kecil.
Selain itu, ada juga yang mengatakan perkahwinan di antara sepupu ini boleh menyebabkan penyakit genetik kepada anak. Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kahwin antara sepupu ini, jom baca artikel ini.
Kahwin antara sepupu menurut perspektif Islam
Ketika perbincangan ini rancak di media sosial, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli juga turut mengulas mengenai perkara ini.
Katanya, menurut syariat Islam, kahwin antara sepupu ini dibenarkan namun tak pernah digalakkan.
Menjawab persoalan salah seorang netizen tentang mengubah hukum ini ekoran boleh membawa mudarat kepada anak, Dr. Zul mengatakan bahawa syariah tidak boleh diubah seperti fiqh.
Selain itu, Dr. Zul turut memberi contoh dengan mengatakakan Rasulullah SAW sendiri telah berkahwin dengan sepupunya Zainab serta kahwinkan anaknya Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan sepupu mereka Utbah dan Utaybah.
Mustahil Allah halalkan perkara yang bawa mudarat kepada manusia. Syariat Islam ini luas dan sesuai utk pelbagai keadaan. Anda mungkin pandang ia tidak sesuai tetapi boleh jadi ia keperluan pada pihak yg lain.”
1. Syariat Islam membenarkan kahwin sepupu tapi tidak pernah menggalakkan. Kahwin saudara jauh atau yang tak ada kaitan kekeluargaan lebih digalakkan.
2. Ada perbezaan antara syariah dan fiqh. Fiqh boleh berubah tapi tidak syariah. https://t.co/9EHUBZdesa
Sambungan di bawah https://t.co/43GlGaOkBu
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) April 9, 2023
Dr Zul turut menyarankan untuk membuat penyelidikan tentang bahaya kahwin antara sepupu ini dari segi saintifik untuk memahami kenapa Allah membenarkan tapi tidak menggalakkan.
Malah di dalam Surah al-Ahzab, saudara sepupu merupakan kaum keluarga yang tidak termasuk dalam kategori mahram.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِنَّآ أَحۡلَلۡنَا لَكَ أَزۡوَٰجَكَ ٱلَّٰتِيٓ ءَاتَيۡتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتۡ يَمِينُكَ مِمَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَيۡكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّٰتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَٰلَٰتِكَ ٱلَّٰتِي هَاجَرۡنَ مَعَكَ
Maksudnya: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu.” Surah al-Ahzab (50).
Kahwin antara sepupu mengikut perspektif Sains
Walaupun diharuskan dalam Islam, ramai mempersoalkan tentang bahaya kahwin antara sepupu ini kerana boleh menyebabkan penyakit genetik kepada anak yang dilahirkan. Tapi betul ke?
Ideologi kahwin antara sepupu ini sangat dikecam oleh Barat, malah banyak negeri di Amerika Syarikat turut mengharamkan perkahwinan antara sepupu dan ianya salah di sisi undang-undang.
Namun begitu, saintis mengesahkan bahawa pasangan yang berkahwin dengan sepupu sendiri boleh melahirkan anak dengan selamat bersama tanpa risiko besar kecacatan kelahiran atau penyakit genetik.
Bagi orang biasa, risiko untuk kecacatan kelahiran yang besar adalah sebanyak 3 ke 4 peratus dan bagi sepupu risiko ini bertambah sebanyak 1.7 ke 2.8 peratus.
Walaupun terdapat peningkatan sebanyak dua kali ganda, ia masih lagi tidak dianggap sebagai risiko besar sehingga ia boleh menghalang orang dari melahirkan anak.
Menurut Dr. Arno Motulsky yang merupakan pengarang kanan laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 2002, ramai pakar genetik dah tahu lama yang risiko kahwin antara sepupu ini dan ada anak sangat kecil.
Bagaimanapun, ia belum jadi pengetahuan am. Antara orang awam dan pakar perubatan mereka merasakan ia sangat teruk kerana bawa banyak penyakit.”
Dr. Motulsky percaya undang-undang Amerika yang melarang perkahwinan antara sepupu ini perlu dilupuskan kerana ia adalah berdasarkan kepercayaan mitos bahawa anak daripada ibu bapa sepupu akan mengalami penyakit mental dan fizikal.
Ia adalah undang-undang kuno yang dibuat berdasarkan pemikiran bahawa ianya bahaya. Data menunjukkan yang ia tak bahaya dan tak sepatutnya undang-undang melarang kahwin antara sepupu dibuat.”
Betullah kata Dr Zul, mustahil Allah akan halalkan perkara yang membawa mudarat kepada manusia.