Dakwaan PAS takkan silap itu melampau, Menteri Agama tengok saja?

Dakwaan PAS takkan silap itu melampau, Menteri Agama tengok saja?

Artikel Presiden PAS bertajuk ‘Politik Berpandukan Hidayah Allah’ yang ditulis pada Rabu lalu memberikan saya kefahaman jelas kenapa sebilangan ustaz dalam PAS tanpa takut dan segan silu menarik nama sahabat mahupun malaikat sebagai bukti kebenaran ‘pandangan dan ijtihad’ mereka.

Rupanya; Presiden ulung mereka lebih ghuluw dari itu. Bukan sahaja ‘kelebihan’ itu di’itlaq’kan kepada diri sang Tok Guru berjawatan Presiden malah organisasinya secara ‘am adalah pelaku yang bertindak dengan sebenarnya TANPA SILAP.

Maha Suci Allah dari segala sekutu atau sifat yang ingin dipinjam buat makhluk.

Saya fikir, Menteri Agama dan majlis-majlis fatwa jangan menunggu untuk menegur sikap sebegini. Adakah rosaknya agama dilacurkan oleh agamawan sampai ketahap kronik baru kalian mahu menegur atau bertindak?

Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur

Sumber :

COMMENTS