Dakwaan ‘duit tepi’ dalam pembelian, SPRM digesa siasat Kementerian Wanita

Dakwaan ‘duit tepi’ dalam pembelian, SPRM digesa siasat Kementerian Wanita

Lulus quotation rm 99.00 invoice rm 100.00 Siapa makan rm 1.00?

Masa PKP macam peluang nak sakau duit rakyat. Ini kes Di Kementerian Rina Harun. Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Berlindung kononnya perolehan Dharurat.

Apa sudah jadi?. soal nak bagi NSK tidak menjadi salah kerana NSK ada kemampuan membekalkan dan memang core bisnes dia pasar raya. Bukan syarikat harta tanah.

Tetapi cara di lakukan oleh Kementerian tidak betul dan melanggar peraturan kewangan Kerajaan saperti berikut.

Keputusan KSU luluskan ‘quotation’ pada Mei 4, 2020 berjumlah rm 99.00 termasuk membayar buruh menurunkan barang RM300.00 seorang.

Tetapi pihak NSK membuat invoice pada Mei 6.2020 dengan harga rm100.00 dimana perbezaan beberapa harga barangan sangat ketara. Sebagai contoh senarai no 11 Nona ketupat 780g dalam ‘quotation’ rm 5.30. Dalam ‘invoice’ harganya menjadi rm 6.80 dalam berat yang sama 780g.

Pembekalan ini melalui Yayasan Kebajikan Negara satu agensi di bawah Kementerian PWKdM. Adakah terkecuali dari protokol kewangan Perbendaraan dimana hanya tender bernilai lebih amoun rm 5 juta ke atas boleh di buat pembayaran pendahuluan (unfront) tetapi nilainya hanya RM1juta. kenapa di bayar rm 500 ribu dahulu sebaik sahaja Quotation diterima.

Kamudian sebelum mengambil barang2 itu kena bayar dahulu bakinya berjumlah rm 500 ribu. Tanpa di pastikan adakah semua belian sudah sampai ke sasarannya?

Eloklah SPRM menjalankan siasatan dalam isu ini. Ini yang diketahui. Belum lagi dengar cerita Pejabat Menteri meluluskan kewangan dari YKN di agih kepada NGO termasuk NGO sayap partinya Srikandi.

Maaflah YB Menteri KPWKdM Kerana kamu ada perangai buruk, tidak mahu menjawab talipon atau return call untuk mendapat penjelasan isu panas ini. Maka terpaksalah saya menggunakan media sosial minta penjelasan isu ini.-Sang Kelembai.

Sumber: