Dakwaan akan ikut Zuraida lompat parti, akhirnya Azmin buka mulut

Oleh INFORAKYAT

Dakwaan akan ikut Zuraida lompat parti, akhirnya Azmin buka mulut. Azmin Ali yang didakwa akan keluar Bersatu mengikuti jejak Zuraida Kamaruddin berikrar untuk kekal bersama parti itu bagi mencapai cita-cita membangunkan sebuah kerajaan bersih dan mengamalkan urus tadbir baik.

Menurut Menteri Kanan Perdagangan dan Industri itu, idealisme dan perjuangan Bersatu yang memelihara kedaulatan Melayu dan Islam serta menjaga masyarakat berbilang kaum dan agama adalah jati dirinya.

“Saya menghargai dan berterima kasih di atas kenyataan Presiden Muhyiddin Yassin di atas keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap iltizam dan komitmen saya bersama Bersatu sebagai wadah politik dan perjuangan demi rakyat.

“Saya ingin menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan Bersatu adalah jati diri saya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengulas desas-desus dirinya dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon akan meninggalkan parti mengikuti jejak Zuraida untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dakwaan akan ikut Zuraida lompat parti, akhirnya Azmin buka mulut

Dakwaan akan ikut Zuraida lompat parti, akhirnya Azmin buka mulut

Zuraida adalah sekutu Azmin ketika berada dalam PKR dan kedua-duanya antara penggerak utama dalam Langkah Sheraton sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan runtuh pada 2020.

Mereka kemudiannya menyertai Bersatu dan dilantik dalam Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan keluar Bersatu.

Dalam kenyataan itu, Azmin turut memuji Muhyiddin yang didakwanya berjaya meletakkan Malaysia di landasan kukuh untuk pulih daripada krisis Covid-19 ketika beliau menjadi perdana menteri.

Menurutnya, antara langkah diperkenalkan termasuk pakej rangsangan ekonomi dan pelaksanaan program vaksinasi besar-besaran.

“Malaysia telah diiktiraf sebagai berjaya mengurus pandemik dengan efektif dan bertanggungjawab.

“Kebijakan yang mesra perniagaan telah berjaya mencipta pekerjaan dan kemakmuran untuk rakyat sekaligus merancakkan aktiviti perniagaan dan pelaburan pasca pandemik,” katanya.

BACA:

Peminat teruja Kawasaki Ninja ZX-25R masuk Malaysia tahun depan

Majlis Sukan Negara buka jawatan kosong, gaji sehingga RM4,000